Jadi ke nak kahwin ni? Kejap nak kahwin, kejap taknak kahwin. Kejap nak kahwin cepat, kejap nak kahwin lambat. Apa yang aku nak sebenarnya ni? Aku sorang je ke perangai macam ni? Stress aku dengan perangai aku ni. Aku stress juga dengan orang sekeliling aku ni. Ye, nanti aku kahwin la. Sabar boleh? Kasi aku bertenang dan kasi aku fikir masak-masak. Bukan aku main-main pasal kahwin ni. Aku perlukan ketenangan... aicehhhh gittew... Yang nak kahwinnya aku. Bukan orang lain. Faham tak?
Aku bertunang bulan tiga(3) 15hb Mac yang lepas. Dan aku sepatutnya kahwin pada bulan enam(6) tahun 2020 ni. Bulan Jun depan memang aku patut kahwin dah, korang tahu tak? Tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni semua majlis yang bermula bulan 18Mac hingga Disember tak boleh buat apa-apa majlis. Nikah tu boleh la. Tapi majlis berkumpul ni tak dibenarkan buat. Tak boleh ramai-ramai haa.
Aku rasa ini salah satunya ujian pertunangan aku yang semua orang tengah tengah hadap sekarang ni. Tapi buat pengantin hujung bulan 3 haritu dan bakal pengantin tahun ni, kesian kita kan. Tak boleh nak buat majlis kahwin. Bagi pengantin yang buat simple and tak keluar duit banyak tu okay la. Macam aku ni, dah keluar banyak dah duit. Ada orang cakap, kahwin tahun ni paling jimat kos. Boleh la tutup mulut makcik pakcik bawang haa. Tak payah nak jemput ramai orang dah. Paling jimat duitlah katanya.
Ya, aku tahu.. seelok-eloknya tak perlu buat majlis besar-besaran yang memakan kos yang banyak dan membazir. Tapi aku sebagai "perempuan yang kuat berangan dan yang tak sedar diri ni" nak juga adakan majlis. Dari bulan 12 tahun lepas lagi aku dengan tunang aku dah pilih tarikh, cari bridal dan book bridal dan dah bayar dah pon. Tinggal tunggu hari majlis je haa. Duit majlis ni duit aku tau, sikit pon tak ada duit mak bapak aku. Aku taknak diorang keluar duit. Ikutkan diorang, diorang okay je buat majlis nikah doa selamat tapi disebabkan aku yang nak rasa diraikan dan memandangkan aku anak sulung. Aku teringin nak rasa jadi permaisuri sehari. Aku dah siapkan baju untuk family aku untuk majlis kenduri aku tu nanti. Semua guna duit aku tau. Aku nak bergambar dengan family aku. Aku nak satu family aku pakai baju sama. Itu aku punya angan-angan. Kenangan kot benda tu bagi aku. Aku nak buat frame besar gambar family aku nanti. Yela, family aku bukan macam family orang lain. Raya pakai baju tema yang sama, corak yang sama, tangkap gambar sama-sama. Jadi kat sini aku dah sedih sebab tak dapat buat apa yang aku teringin sangat nak buat. Sumpah sedih. Taip ni pun sambil membayangkan situasi yang tak jadi tu, menitik air mata aku ni haa hahahahahaha emosi sangat weh.
Yela, kita ni nak kahwin seumur hidup. Aku nak belanja orang makan dekat majlis kenduri aku. Dekat majlis-majlis macam ni boleh aku jemput kawan-kawan aku. Inilah waktunya untuk aku jumpa dengan diorang. Majlis macam ni je boleh buat diorang berkumpul. Aku rindu kawan-kawan aku. Rindu nak jumpa dengan ramai orang. Tapi dah jadi macam ni aku kena terima dengan redha akan semuanya berlaku. Mungkin ada hikmahnya disebalik yang berlaku. Rezeki aku mungkin tak ada dekat sini, mungkin Allah nak bagi aku rezeki yang lain yang lagi besarrrrr. Aamiin....
Aku boleh je kalau nak nikah dulu tapi disebabkan aku dah bayar hampir 90% duit katering semua tu. Aku rasa aku terpaksa tangguhkan majlis aku dan aku tak tahu bila tarikhnya. Kalau cancel burn duit tu, kalau nak teruskan bila lagi nak buat? Tak kan nanti nak sanding dengan anak sekali kan? Fuhhh style gila sanding dengan anak haa.. Huhu. Nak buat hujung tahun ni dah tentu-tentu tak boleh buat majlis. Nak buat awal tahun depan atau bulan tiga nanti macam la virus corona ni NYAH terus dari muka bumi ni. Sekarang ni kita kena biasakan dengan "new-normal" hmm sedihlah. Impian kita impikan habis cenggitu je.
"Kita rasa kita punya plan dah cantik tapi kita tak tahu Allah punya plan lagi cantik"
-Bella