Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Semalam 24 Jan 2015, Sabtu

    Kak Miza
      Ada majlis perkahwinan kakak Zahirah, Kak Miza. Sebenarnya nak pergi kenduri Zahirah ni tak confirm sebab semalam baru confirmkan dengan Mirul nak pergi Seremban ke tidak. Then Mirul cakap dia tak kisah, dia okay je. So aku ajak Fariq dengan Janah. Confirm kan balik jadi ke tidak nak pergi rumah Zahirah dekat Seremban. Then Fariq okay Janah okay. Aku cakap dekat Mirul, Mirul datang ambil kteorang kat tempat biasa. Owh kenduri hari sabtu sebab suami kak miza orang Johor, Johor hari ahad dah kerja gittew.

         Macam tak sangka kejap je masa berlalu. Rasa macam aku baru form 3 and baru je kenal dengan kak Miza ni. Aku tak rapat sangat dengan kakak Zahirah ni. Aqila rapat laa. Aku pon macam tak percaya umur aku kejap je dah 23 tahun. Tua weh. Aku tak ready nak bayangkan masa depan aku macam mana, future husband aku siapa, macam mana keadaan aku pada masa akan datang.. emmm. Sekilas jugak aku terfikir diri sendiri, haha. 

    Lepas kekenyangan selfie duluuuuu

         Thanks Zahirah jemput makan kenduri akak kau. Thanks dekat Janah and Fariq sebab join sekali pergi rumah Zahirah dekat Seremban ni haa. Dan paling terima kasih dekat Mighul Gemoks bajet sado, hahaha (saja cari pasal) sebab drive dari Cheras ke Seremban. Tak kira duit tol dengan minyak pulak tu, haha. Panda yang lain tak dapat jumpa lagi ntah bila dapat jumpa Anish and Bedah. Nak jugak kumpul ramai-ramai macam tahun lepas :(

    Yang tengah2 tu Zahirah, pokpekpokpek banyak. Haha

         Semalam Mirul baik je dengan aku. Selalu pukul-pukul aku laa jugak kalau jumpa . Sekarang ni dah kurang cari pasal dengan aku tapi standard ahh Amirul kan kalau tak bahan orang tak sah. Mungkin sekarang ni dia dah dewasa laa kot kalau tidak perangai macam pfffttt, haha. Dia maki ke, dia kutuk ke, dia cari pasal ke semua aku dah lali dengan dia sebab dia pun jenis tak kesah kena maki, kutuk and perli dengan aku, mwahaha. Sama-sama balas dendam.

    Nah. Belanja :P



    Zahirah menyampah dengan Mighul senanya tapi Zahirah cute ^^

    Mighul acah-acah comel, bluwekkk haha

    Aku happy sebab dapat kawan-kawan yang gila dan sekepala macam dorang. Kalau aku diberi pilihan sama ada aku kena pilih kawan atau kekasih pasti aku pilih kawan. Ya, aku pilih mereka. Mereka lebih kenal aku dan faham aku daripada kekasih hati aku nanti, mungkin laa. Kalau dia faham aku lebih dari mereka itu adalah bonus untuk aku sebab bukan senang orang nak faham aku :)


    Untuk awak:

    Awak, please jangan kongkong saya untuk luangkan masa bersama kawan-kawan saya ni. Awak janganlah terasa hati atau marah dengan saya kalau saya rapat dengan dorang lagi-lagi budak duaorang ni sepatutnya ada lagi sorang tapi tak dapat datang. 

    Okay, sambung balik.

    Sebelum saya kenal awak, saya kenal dorang dulu. Awak jangan risau. Dorang ni memang tak akan jadi lebih daripada kawan. Memandangkan saya dah pilih awak tak ada apa yang perlu awak risaukan. Saya tahu apa saya buat. Saya harap awak dapat faham situasi saya. Tolong ea awak, jangan sebab benda ni saya jadi jauh dengan awak :) InsyaAllah, rapat mana saya dengan dorang ni hati saya tetap dengan awak okay? Janji jangan cari pasal dengan saya, hahaha.


    Habis filem aku -.- sokeyh bukan selalu :)

    The End

    Thanks semua, #muahciked
    - Abell
    Continue Reading

    Khamis 22 November 2015

    Cadangan untuk panjat Bukit Broga ni sebenarnya dah lama. Kebetulan Khamis tu class cancel. So Janah secara tiba-tiba kasi cadangan untuk daki Broga Hills. Aku okay je sebab cadangan awal-awal aku sebelum masuk semester baru ni.

    Aku dengan housemate aku (Janah, Mija & Intan) setujulah untuk daki Bukit Broga ni. Mija cakap kalau nak naik Broga lepas Bukit Broga kena pergi sungai. Tak kisah laa sungai mana-mana. Kteorang search banyak yang pergi sungai Tekala. Kteorang okay je sebab Mija sorang je yang drive.
    Lekluuu selfie dulu! Hahaha
    Kitaorang panjat Broga lepas subuh. Ini sebenarnya kali kedua kteorang naik Broga. Maklumlah, dah lama tak panjat Broga ni memang pancitlah dekat atas sana. Dulu panjat sampai puncak yang kedua je sebab dah tak larat biasalah first time. Sekarang dah panjat sampai puncak ke tiga. Asal siapa duduk depan mesti ada yang tanya "dah nak sampai ke?" pastu orang tu pon jawab laa "Belum-belum jauh lagi" tak pun "eh dah nak sampai dah, sikit je lagi". Bila dengar macam tu punya laa bersemangat pastu pancit balik, lek luuu pastu sambung balik jalan. Alhamdulillah laa, pancit-pancit pon, sampai jugak puncak ketiga tu.

    Nah, biar gambar berbicara :)


    Batu besar nak ke puncak ketiga. Macam-macam dah dorang conteng.
    Kteorg takdapat conteng apa-apa sebab alatan menulis, melukis tadak.
    Lagi pon tak elok taw conteng-conteng ni. Tamo tamo! No! No!
    Lepas dah puas lepak-lepak kat atas barulah kteorang turun. Masa kteorang turun tu semua orang dah takda yang tinggal kteorg je, haha. Yelaa, dah pukul 9.30 kot siapa je nak duduk atas. Panas pulak tu. Masa kteorang turun tu nampak family cina ni baru start daki, cayalah bawa anak kecik.
    Posing dulu, cantikkan view dia? Ke aku yang cantekkk?
    Bwahahaha puihhh! Perasan! haha
    Lepas kiteorang dah sampai bawah tukar kasut kasi relax-relax kejap, tengok-tengok dorang dah turun da. Apak gila laju turun. Masa nak keluar dari tempat parking Broga tu tetiba dorang jerit-jerit, ingatkan apa benda. Rupanya, kasut atas kereta mija. Bagus sangat kaw mija. Nasib baik tak keluar kat jalan raya lagi kalau tak.. tak tahu laa nak cakap apa. Mau orang gelak besar kat kteorang, haha.

    Then kteorang g makan dulu sebab Mija dengan Intan mok sudah kelaparan. Aku dengan Janah nanti makan sebab nak mandi sungai dulu baru makan. Lepas makan carilah sungai tekala. Cari punya cari tak jumpa. Last-last tanya orang skali orang Asli tu cakap kalau kteorang terus kedepan dah nak ke negeri sembilan dah -.- Jauh gila. Kenapa kteorang tak nampak sungai tekala? Then kiteorang west cari Sg Gabai yang paling dekat.

    Sumpah ini kali pertama and terakhir aku pergi gabai. Tinggi sungai gabai, MasyaAllah. Ingatkan tangga dia rendah laa. Sebab tak nampak panjang mana tangga dia dari bawah. Terai laa naik. Last-last harammmmm jauh lagi nak sampai atas. Nak tak nak kena teruskan sebab dah separuh jalan. Aku dok kira laa anak tangga yang ada.. around 340 something laa. Apakkk ahhh. Patah kaki.

    Naik atas semuanya lelaki. Agak menakutkan dan suasana kat atas sana tak macam aku bayangkan. Bagi aku tak best langsung sg gabai tu, View dia emmm kureng ahh. Tak berkenan dek hati laa. Better sungai congkai walaupun takda air terjun, hekheks.

    Lepas pergi sungai gabai. Balik Damansara then baru balik Shah Alam. Penat dia MasyaAllah. Semua orang tingtong. Cakap pon tak betul. Tak boleh nak focus langsung.
    Acah-acah sweet sayang dengan ayang, haha
    - Abell
    Continue Reading
    Hari ini saja aku nak post menu masakan aku. Simple saja. Acah-acah diet tapi langsung boleh dikatakan ini menu diet, Hahaha. Aku dah cuba diet Atkins tapi aku tak boleh. Pagi makan telur. Tengahari makan daging ke apa ke tapi seriusly aku tak boleh terima sayur-sayuran tiap-tiap hari. Aku rela makan roti tiap-tiap hari dari aku makan benda lain untuk diet.

    So, menu ni betul-betul bukan untuk diet okay. Untuk orang kelaparan macam aku yang ngidam nasi lemak sotong tapi sotongnya takda belum ditangkap -.- terpaksa tahan lapar sekejap. Sekurang-kurangnya aku boleh jimat RM3.50. Dah ibu bekalkan barang dapur untuk aku. Buat apa aku bazirkan yedak? 
    Bahan-bahan :
    - Sekeping daging buger ramli
    - Sebatang hotdog (aku punya hotdog cheese, ibu yg pilih)
    - Sekeping keju
    - Salad dipotong-potong
    - Brokoli (saja letak taknak mbazir sayur)
    - Tomato dipotong dadu
    - Beberapa hiris timun
    Bahan-bahan lain :
    - Mayonis
    - Sos Cili
    - Garlic benda tapi sedap taw lagi-lagi sapu kat roti perancis
    -Wraps yang original
    Aku saja goreng garing sikit baru laa ada humph! Haha.
    Bukan sebab aku tak pandai mengoreng okay.
    Lupa nak tangkap gambar masa letak isi inti atas wrap ni. Hihi
    Sebelum letak bahan-bahan. Sapu dulu mayonis, garlic tu, sos and then
    baru laa letak bahan-bahan yang dah siap potong and masak tu.
    Lepas tu gulungkan laa. Siap!
    Isi terlalu padat that why dapat gulung macam gitu je, huhu.

    Tahap kekenyangan : 5 bintang
    (Kenyang gila makan satu ni)
     - Abell
    Continue Reading
    Is your favorite color blue?
    Do you always tell the truth?
    Do you believe in outer-space?
    And I’m learning you

    Is your skin as tanned as mine?
    Does your hair flow sideways?
    Did someone take a portion of your heart?
    And now I’m learning you

    And if you don’t mind
    Can you tell me
    All your hopes and fears
    and everything that you believe in
    Would you make a difference in the world
    I’d love for you to take me to a deeper conversation
    Only you can make me

    I let my guard down for you
    And in time you will too

    And if you don’t mind
    Can you tell me
    All your hopes and fears
    and everything that you believe in
    Would you make a difference in the world
    I’d love for you to take me to a deeper conversation
    Only you can make me

    Deeper conversation with me



    Continue Reading
    Bila kucing engkau sayang tersesat di jalanan
    Pasti ia akan mencari jalan pulang
    Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu
    Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali

    Bila air mata menitis

    Pasti ia datang dari hati
    Kita harus kuat terima kenyataan
    Tak usah terus berduka dan menangis semacam bayi




    Lagu tema filem Terbaik Dari Langit

    Lagu/Lirik : Pitahati
    Pengarah MV : Zul Luey





    Continue Reading
    Hai,

              Minggu ni pergi kelas. Kelas takda. Penat je taw bangun pepagi pergi kelas. Tunggu macam tunggul sekali lecturer tak masuk. Strategic Management je madam Sharifah masuk dengan sir Saleh yang lain kelas ethic sir Mesari je masuk tu pun kelas tak penuh and tak start lagi. Kalau yang lain-lain kelas hmmm.. aku dengan Janah tunggu macam tunggul. Sem ini aku ambek 5 je subjek sebab tu je yang tinggal lepas tu praktikal.

             Sir Mesari cakap insyaAllah batch aku dapat graduate dalam bulan oktober atau november. Yeayyy! Sekejap je dah nak habis belajar. Fuhhhh *lap peluh* hahaha. InsyaAllah segala rintangan dan dugaan akan ku hadap dengan positifnya. Sebab selalunya akan ada hikmah laa kalau semester susah dan penat sangat dia punya dugaan, huhu.

    Okay, babai.
    Assalamualaikum.
    - Abell
    Continue Reading
            Yeay! Hari ni hari kedua update blog. Semangat baru tetiba datang nak update, hihi. Pepagi bangun dikejutkan dengan berita "Gadis melayu dicabul dengan artis Kpop" hamboi, dasyat sungguh bunyinya dik, haha. Ingat berita apa laa sangatkan. Si Meran laa dok update dekat FB pasai benda ni pastu member aku tetiba whatsapp aku jangan jadi taksub sangat kpop-kpop ni,


             Maceh la Aizat ek, care dekat kawan kau yang dulunya minah Kpop. Serius sekarang ni aku dah kureng la nak kpop-kpop ni, dulu memang aku fanatic gilee dengan benda berkaitan dengan korea ni. Hari-hari dok berangan pakwe macam korea laa apa la. Dulu mungkin aku tak matang sangat kot, acewah. Maklumlah sekarang ni dah nak masuk 23 tahun takda masanya nak fikir pasal benda yang takda kaitan dengan hidup aku.

             Komen untuk video yang dorang dok peluk artis kpop tu no komen laa ek. Mungkin disebabkan dorang terlampau taksub sangat kot. Bo cakap kalau aku macam tu dia nak sebat aku pakai mop. Cis, tak padan dengan keding. Kahkahkah! Jangan maghah naa. Malam kang dah nak balik Shah Alam, wuwuwu :( 3 minggu cuti tak rasa apa la tak puas lagi. Takpa takpa, tinggal lagi 2 sem je lagi. Sem ni last sem panjang aku next sem, sem pendek terus praktikal habis belajar dan kerja, insyaAllah. Aminnn.
            Ibu pergi beli barang dapur untuk aku, Suka naa, siapa yang tak suka. Aku mintak ibu belikan sikit jaa sekali dia pergi beli semuanya dalam list. Wah, ibu aku ni.. buat aku bersemangat nak amalkan diet Atkin, kihkih. Mungkin aku akan cheat kott :P hihi
             Minta-minta sem baru aku berjalan dengan lancar dan baiknya, semoga kali ini aku lebih gigih lagi berusaha dari sem lepas, acewahhh. Dan mudah-mudahan keluarga aku dimurahkan rezeki untuk mengubah nasib, InsyaAllah Aminnnn.

    Assalamualaikum,
    Adios Amigos
    - Abell
    Continue Reading
    Hello, Assalamualaikum.

         Welcome to myblog, yeay! Hahaha. Sebelum kite mula merepek bukan-bukan meh kite kenalkan diri kite sikit ek. Ehem ehemm, nama kite Salsabilah bt Mashuri. Nama panggilan kite dekat rumah Lah/Bilah kalau kawan-kawan kite panggil kite Sal/Sally/Bell/Bella. Macam-macamkan? Kite tak kisah korang nak panggil apa pun asalkan maksud yang baik-baik yee. Memandangkan ini blog baru kite kenalkan diri kite kat sini Abell laa ek? Hihiks. Macam gewdik lew pulek, haha. Ini blog saya bukan blog awak, hee.

         Dilahirkan pada 19hb March 1992 so sekarang kite dah nak masuk 23 tahun dah, alamak tua dah. Sekarang ni kite study dekat Unisel Shah Alam ambil course Bachelor of Business Management. Sekarang ni second last sem kite lepas tu praktikal lepas tu habis dah belajar, insyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan Salsabilah Mashuri yee :) Aminnn.

    Nak cerita apa lagi ek?
         Hmmm, sebenarnya ini blog kedua kita. Blog pertama kita ada tapi dah tak boleh buka sebab gatal-gatal tukar url blog lama tu. Yela, konon taknak laa nama blog macam super mengarutkan. Last-last hampeh jadi error serta merta, ceh! Tula, lain kali jangan nak mandai-mandai je tukar url segala bagai ya, menyesal tak sudah.

         Blog ini lebih kurang nafas baru kite laa. Personal blog gittew. Buka buku baru tutup buku lama, acewah. Mungkin dalam blog ni kite akan guna ganti diri saya/aku/kite/I/guwa/ai gittew laa ikut pada mood penulis ya, hahaha. Dalam blog ni, tak ada apa yang menarik sangat kot. Mungkin blog ni lebih kepada personal blog penulis dan mungkin sesuai untuk kaki-kaki stalk aku tu. Stalk me please, haha perasan je kau Salsabilah. Okay itu je kot nak cerita, hehe. Nanti apa-apa kite update laa yaa.

    Adios Amigos.
    - Abell


    Continue Reading
    Newer
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ►  2020 (6)
      • ►  June 2020 (2)
      • ►  May 2020 (1)
      • ►  March 2020 (2)
      • ►  January 2020 (1)
    • ►  2019 (10)
      • ►  November 2019 (1)
      • ►  October 2019 (2)
      • ►  September 2019 (3)
      • ►  August 2019 (3)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (3)
      • ►  December 2018 (3)
    • ►  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (5)
      • ►  January 2017 (4)
    • ►  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ►  November 2016 (5)
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ▼  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ▼  January 2015 (8)
        • Majlis : Kenduri Kakak Zahirah - Kak Mizah ( dari ...
        • Aktiviti : Broga Hills - Jom Mendaki Bukit Broga
        • Resipi | Menu | Masakan : "Acah-acah tortilla wrap...
        • Lirik : Yuna - Deeper Conversation
        • Lirik : Pitahati - Sahabat (OST Terbaik Dari Langit)
        • Semester 8 : Minggu Pertama
        • Tamat sudah cuti semester 7
        • First!

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top