Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Hai, hari ini aku nak bercakap pasal tabung hijau. Korang suka menabung tak? Kalau aku dulu memang kuat menabung. Dan sampai orang gelarkan aku ni kedekut korang tahu, haha. Masa sekolah dulu kawan-kawan ajak makan kepci pon aku berkira. Aku sanggup beri fries dia je semata-mata nak teman kawan aku makan kepci, hahaha. Apa teruk sangat aku punya tahap berjimat aku. Kawan aku pun tengok aku macam kesian je dia pun bagilah rasa sikit kepci diorang. Cukuplah sekadar aku merasa walaupun aku tak beli.

    Okay, now aku nak cakap pasal tabung hijau. Kau tahu apa itu tabung hijau? Tabung yang kau hanya menyimpan RM5 sahaja. Maksudnya setiap kali kau berbelanja dan dapat baki RM5 sekeping kau kena cepat-cepat asingkan duit itu dari dompet kau. Sebab apa kena buat demikian?

    1- Kau akan terlupa 
    2- Kau akan terbelanja
    3- Kau akan terbagi duit RM5 sekeping kau tu sewaktu kau membuat pembayaran. Kadang-kadang orang akan tanya kau, eh ada duit kecil tak? Kau pun tengok dompet kau then kau nampak duit RM5 kau tu. Dengan rasa serba salah kau pun terpaksalah kasi. Aku paling tak suka situasi macam ni. Kau nak kumpul duit tu kau terpaksa keluarkan pula.

    Orang cakap kalau kau terguna duit RM5 kau tu. Kau kena double kan duit kau tu dua kali ganda. Maksudnya kau kena simpan RM10 dalam tabung kau. Kira macam denda laa. Tapi aku tak pernahlah buat gitu. Kalau ikut denda tu kering dompet aku, hewhew.

    Aku start kumpul duit hijau ni bermula bulan satu tahun ni. So, sekarang aku tengok je duit tu usik tak ahh. Nafsu betul tengok duit banyak-banyak. Aku start kumpul duit ini untuk "Tabung Kahwin" aku akan datang. Tak tahu bila pula aku nak kahwin. Calon pon masih kabur-kabur. Takpa, at least aku bersedia sebelum tiba masanya acecehhh.

    Selain duit hijau (RM5) korang juga boleh kumpul duit oren (RM20). RM20 ni nilai dia besar sangat bagi aku laa bagi korang aku tak tahu laa kan. Buat masa ni aku kumpul duit hijau je. Nah ini ada beberapa tips untuk korang yang aku jumpa dekat FB by imuslimshop.com






    - Abell

    Continue Reading
    Hai, hari ni aku nak cakap pasal planner lagi. Aku memang gila dengan planner yang diorang deco bagai nak gila dengan aku-aku pun nak gila tengok. Dan aku paling pantang kalau pergi DIY or DAISO kedai yang jual benda-benda yang comel lagi murah. Sumpah aku boleh gila, hahaha. 

    Bila aku gila, duit aku pun habis gila hahaha apa ni semua nak gila-gila. Serius weh, mata aku pantang nampak benda yang comel. Ibu aku marah kot aku bazir kat benda-benda macam tu. Bukan aku sorang je gila dengan adik aku pun gila. Aku yang gila ajar dia membazir dekat benda-benda yang comel. Kalau dia beli bolehlah aku share barang yang dia beli. Kat situ aku dah boleh jimat, kahkah.

    Entah kenapa aku beli kertas-kertas ni. Memang rajin sangat aku nak deco planner aku. Tape tu serius comel tu yang aku beli. Puluh ringgit jugak laa aku habis dekat DIY jew, hewhew. Teruk betei.

    Ini laa aku deco planner aku. Aku ni taklah kreatif mana tapi boleh ahh, hahaha *perasan*

    Buat masa ini sampai sini aku deco. Penat juga nak mendeco ni tapi takpa sebab benda ni aku suka. Sanggup aku bazirkan masa dan wang untuk benda ni. Telah mencapai titk kepuasan yang maximum, gittew. Okaylah beb, guwa chow dulu. Tata

    - Abell


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ►  2020 (6)
      • ►  June 2020 (2)
      • ►  May 2020 (1)
      • ►  March 2020 (2)
      • ►  January 2020 (1)
    • ►  2019 (10)
      • ►  November 2019 (1)
      • ►  October 2019 (2)
      • ►  September 2019 (3)
      • ►  August 2019 (3)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (3)
      • ►  December 2018 (3)
    • ►  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (5)
      • ►  January 2017 (4)
    • ▼  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ►  November 2016 (5)
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ▼  February 2016 (2)
        • Tips : Tabung Hijau
        • Hobi : Deco Planner
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (8)

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top