Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Hari ni adalah hari semakan result untuk peperiksaan online PTD bagi sesi Nov2016. Exam PTD haritu pada 23hb November 2016, Rabu. Bagi aku soalan dia memang betul-betul tough. Siapa yang lepas exam online ni, dia betul-betul hebat laa. Haritu aku jawab dekat rumah fifie. Mama papa yong yang tolong aku jawab soalan PTD tu. Walaupun tiga empat orang yang tolong aku... hmmm


    Dengan dukacitanya, Salsabilah Binti Mashuri. GAGAL!


    Aku redha je, aku dah agak. Aku tak pun berharap sangat yang aku akan lulus ujian ni. Mungkin belum rezeki dan mungkin aku kurang bersungguh kot. Anyway, terima kasih sangat-sangat dengan family Fifie. Siap belanja aku dengan adik aku makan, minum bukan tu je.. siap jemput dengan hantar aku balik rumah lagi. Serius terharu weh. Fifie yang selalu bagi aku semangat. I love you fie <3


    Bagi sesiapa nak buat semakan boleh pergi ke link sini.

    Bagi yang berjaya, Tahniah. Yang gagal teruskan semangat jangan putus asa okay :D

    - Abell

    Continue Reading
    Hai korang, lama dah Bell tak aktif blog. Rindu pulak dekat korang. Buka-buka je, dashboard blog dah baru. Terkejut kite. Korang dah lama ke perasan? Bell baru je haa. 


    Bell rasa dashboard baru ni lebih friendly kot, yeka? Korang rasa macam mana? Apa pendapat korang dengan dashboard baru ni? Mesti ada rasa macam awkward sikit kan? Hahaha. Sama laa macam Bell.

    Btw, korang tahu tak mana nak tengok follower kite ek? Bell cari tak jumpa laa. Reading list following kite, tapi followers kite belah mana ek? Hehehe

    Kalau korang tahu share laa dengan Bell ;) hiks

    - Abell

    Continue Reading
    Hari ni aku nak share sedikit mengenai kelebihan join segmen, giveaway dan contest. Sebenarnya, bukan setakat ini je yang ada bila kite dah mula blogging. Macam-macam jenis contest, segmen yang para blogger buat. Contohnya, segmen exchange link, follow and followback lebih kurang gitulah. Bagi blogger yang baru jinak-jinak tu mesti diorang akan join. Jom aku cerita apa kelebihan dia yang aku nampak bila join semua ni.


    1- Dapat berkenalan dengan blogger-bloger
    Kalau kita rajin join segmen yang dibuat oleh blogger-blogger lain. Kita dapatlah berkenalan dengan mereka. Sambil tu kita dapat bertukar-tukar pendapat, berkongsi maklumat, berkenal-kenalan dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim. 

    2- Dapat penuhkan entri semasa ketiadaan idea
    Ni memang betul. Bila dah lama sangat tak update. Mulalah kekeringan idea untuk update sesuatu. Ini salah satunya cara aku nak kekal aktif berblogging. Yela, mana taknya. Rajin blogwalking tapi entri tahun lepas punya entah berapa bulan/tahun tak update. Macam mana nak tarik minat blogger lain datang ke blog kau, yedak?

    3- Dapat tingkatkan bilangan follower
    Yang ni aku setuju. Sebelum ni, follower aku dua tiga orang je, serius tak tipu. Sejak aku join segmen, giveaway baru-baru ni. Followers aku dah naik jadi lapan belas (HAHA). Serius, lapan belas je. Sebenarnya, ini blog baru aku. Blog lama aku, aku dah delete. Bak kata orang, kenangan lama usah dikenang. Sekarang ni tengah rajin nak blogwalking dekat blog-blog orang lain. Kalau free/rajin join laa segmen-segmen diorang. Dari situ kite boleh support diorang, yedak? hehe

    4- Dapat tingkatkan trafikblog 
    Kalau korang betul-betul rajin join segmen blogger-blogger lain, serius trafikblog korang akan naik. Lagi-lagi korang yang kuat blogwalking tu. Serius tak tipu. Rajin-rajinlah tinggalkan jejak korang then join macam-macam segmen, giveaway and contest. Tak rugi punyalah! haha

    5- Dapat hadiah/reward
    Kalau betul masa tu rezeki korang kan.. korang akan terkejut yang korang akan dapat hadiah. Aku bersyukur gila kalau aku join segmen blogwalking/bloglist kan lepas tu tiba-tiba blog aku tersenarai jadi blogwalking diorang. Alhamdulillah, rezeki gak tu. 

    Okaylah. Kalau korang tak caya cuba korang buat lima-lima dekat atas ni. InsyaAllah berjaya, huhu. Thanks sudi membaca. Kalau korang nampak kelebihan lain, bolehlah share kelebihan tu dekat komen bawah ni okay. 

    - Abell
    Continue Reading
    Sebelum ni ada blogger lain yang tanya Bell macam cara untuk follow blog Bell dekat ruangan chatbox. Okay, disebabkan permasalahan ini timbul. Bell rasa Bell nak buat tutorial laa bagaimana cara untuk follow blog seseorang (blogger). Hal ini berlaku mungkin disebabkan template blog Bell baru dan mungkin mereka tidak menjumpai button untuk follow blog Bell. Sayangnya, Bell lost follower Bell. 

    Ini tidak mengapa. Hal ini boleh diselesaikan. Sebenarnya, step ini sangat berguna untuk follow blog yang dikehendaki. Ini juga merupakan perkara basic berblogging apabila kita mahu follow blogger lain. Baiklah, mari mulakan.

    1. Pergi ke dashboard >> Cari butang "ADD" bahagian kiri yang telah dia petakkan >> dan tekan butang "ADD" tersebut.



    2. Selepas tekan butang tersebut. Akan keluar ruangan kosong dan isi ruangan tersebut dengan url/link blog yang dikehendaki. Alamak, Bell lupa nak tunjukkan contoh url tapi Bell rasa korang tahu kot. Contohnya, korang masukkan link/url blog Bell : https://pwincessabell.blogspot.com

    Lepas dah masukkan url/link tersebut, automatik dia tersenarai dalam reading list kita. 


    Berikut adalah salah satunya. Bagi sesiapa yang hendak follow blog Bell ni. Boleh lihat gambar dibawah, nampak tak "Follow This Blog"? Kalau nampak tekan/klik dekat situ. Selepas itu, automatik jadi following awak.


    Faham tak apa yang Bell ajar ni? Kalau tak faham. Jangan segan-segan Cbox Bell ataupun tinggalkan komen diruangan komen yang telah disediakan. InsyaAllah, Bell guide dan tolong korang. Terima kasih sudi membaca. Maaf kalau kurang faham dengan tutorial Bell.

    Babaii korang :D
    - Abell
    Continue Reading

    Sekejap je dah bulan sebelas. Bulan depan dah masuk bulan dua belas. Lepas tu masuk tahun baru 2017. Harghhhh, apa yang aku dah achieve tahun ni? Macam tak ada apa-apa. Sedihnya. Kemon... sampai bila nak macam ni Salsabilah hoiii? Hmm. 

    - Abell
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ►  2020 (6)
      • ►  June 2020 (2)
      • ►  May 2020 (1)
      • ►  March 2020 (2)
      • ►  January 2020 (1)
    • ►  2019 (10)
      • ►  November 2019 (1)
      • ►  October 2019 (2)
      • ►  September 2019 (3)
      • ►  August 2019 (3)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (3)
      • ►  December 2018 (3)
    • ►  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (5)
      • ►  January 2017 (4)
    • ▼  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ▼  November 2016 (5)
        • SEMAKAN KEPUTUSAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41
        • DASHBOARD BLOG BERWAJAH BARU
        • KELEBIHAN JOIN SEGMEN, GIVEAWAY & CONTEST
        • CARA NAK FOLLOW BLOG SESEORANG
        • Hello, November 2016!
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (8)

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top