Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    tawaran berkhidmat sebagai pegawai kontrak

    Alhamdulillah, dapat tawaran untuk berkhidmat kepada kerajaan hohoho. Haritu kan aku ada cerita yang aku pergi temu duga untuk pegawai kastam kontrak. Haa, kalau yang tak tahu tu boleh klik sini. Hari ini hujan dipagi hari, seperti biasa aku mengisi masa kosong aku dengan melengkapkan planner harian aku *sangat-sangat takda kerja*. Tengah mohon kerja dekat jobstreet tetiba dapat satu email berbunyi "TAWARAN BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI KONTRAK SECARA CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA". Fuh, berderau darah ceq. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku siang tadi. Terkejut, gembira, sedih, keliru, dan semua perasaan ada.

    Nak tahu kenapa?

    Sebab aku ditempatkan di "Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang". Weh, Port Klang weh aku dapat, Port Klang! Bukan Cheras, bukan dekat KL ke apa. Sumpah aku terkejut. Aku keliru. Macam-macam dalam otak aku ni fikir. Macam mana aku nak pergi sana. Kalau drive dari rumah nak ke sana mahu dekat 1 jam weh. Jalan jem. Dekat sana banyak lori kontena besar-besar. Kalau naik public transport memang ada tapi sampai port klang je. Nak ke Jabatan Kastam tu kena naik teksi. Nak guna kereta? Aku takda kereta weh dan aku tak pandai nak drive. Kecian kan? Kalau korang jadi aku, apa korang akan fikir?

    Aku tak ada masa nak fikir lain-lain weh. 01 Mac 2017, Rabu ni aku kena lapor diri. Kau rasa? Sempat ke tak nak cari rumah sewa, nak cari jalan alternatif lain? Kau rasa? Haa, Tolak hari ni aku ada 1 hari je lagi.

    Jujur aku kata, aku sedikit pun tak berharap dengan keputusan temu duga kastam hari tu. Aku cuma cakap "Aku cuba buat yang terbaik, Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Mana yang baik aku terima sebab DIA je yang tahu keadaan aku sekarang". Alhamdulillah, mungkin Allah dengar doa dan harapan aku.

    Ibu ayah aku, gembira kemain. Diorang kemain cakap jangan give up. Cuba sedaya boleh. Pergi je lapor diri tu. InsyaAllah Allah tunjuk jalan. Aku bukan tak bersyukur, aku bersyukur sangat. Fifie pun bagi semangat, siap tolong aku carikan rumah sewa ke dekat sana. Tolong tanyakan kat akak dia mana-mana kawan akak dia yang kerja dekat Kastam Port Klang sekarang. Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan orang-orang yang tak pernah putus-putus support aku. Aku bersyukur sangat.

    Buat kalian yang banyak berdoa untuk aku, yang banyak support aku, yang tak putus-putus bagi semangat dekat aku... aku doa agar korang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan yang kalian buat. Aku harap, Allah makbulkan doa aku untuk kalian. Aamiin.

    Bagi korang yang ada terbaca blog aku ni, yang mana kawan atau sedara mara yang korang kenal dapat tawaran dan tempat yang sama seperti aku. Mohon, inform aku please. Aku nak cari kawan in case if aku ada soalan nak tanya. Terima kasih.

    TAHNIAH! Bagi yang dapat. Yang tak dapat, jangan putus asa. Ada tu rezeki korang kat tempat lain atau cuba lagi lain kali. Lain orang lain rezeki. Mohon doa yang baik-baik. Hopefully, ini yang terbaik untuk aku dan yang lain. Aku nak kumpul pengalaman yang sangat bernilai untuk kerjaya aku akan datang.

    - Byla
    Continue Reading
    Hi, Assalamualaikum.

    Hari ni Byla nak share resipi kek coklat karamel. Byla follow resipi dekat facebook je, hihi. Sebab apa Byla rasa nak share? Sebab Byla buat menjadi dan sangat sedap, hahaha *perasan* Resipi ni sangat-sangat mudah dan senang. Byla just share resipi je okay :)


    Bahan-bahan:

    Step 1:
    • 2 sudu besar gula dicairkan dalam loyang atas api yang perlahan. Kemudian, ratakan gula yang telah dicairkan dipermukaan loyang dan sejukkan.

    Step 2 untuk Karamel:
    • 1 cawan susu pekat
    • 1 cawan susu cair
    • 3 biji kuning telur
    • Sedikit esen vanilla
      • Putar kesemua bahan sampai sebati.
      • Selepas itu, tuang ke dalam loyang gula tadi (refer: step 1)
      • Kukus dalam 20-25 minit
      • Sejukkan

    Step 3 untuk lapisan Kek Coklat:
    • 1 cawan susu pekat
    • 1 cawan susu cair
    • 1 cawan minyak masak
    • 1 cawan gula
    • 1 cawan serbuk koko
      • Masukkan dalam periuk, kacau sampai sebati diatas api yang perlahan.
      • Kacau dalam 3-4 minit
    • 4 biji telur yang di blend
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil soda bikarbonat
    • 1 sudu kecil baking powder
      • Ayak dahulu bahan-bahan diatas.
      • Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan coklat.
      • Selang-seli dengan telur.
      • Kacau sehingga sebati.
      • Tuangkan diatas karamel (step 2) guna senduk.
      • Kukus selama 45-60 minit.
      • Cucuk dengan lidi kalau nak tahu dah masak ke belum. Kalau kering/ tak melekat tandanya dah pun masak.

    Step 4: Siap untuk dihidang. Kalau masuk dalam peti ais lagi sedap. Byla suka sejuk-sejuk sebab kek ni macam karamel telur lembik-lembik. Byla buat kek ni dapat dalam 2 loyang. Banyakkan? Tapi karamel dia pulak yang sikit (nipis), so korang tambahkan laa kuantiti bahan untuk karamel.

    Mudahkan? Senang je tak payah pakai oven, hihi.

    Kredit : Resipi Sedap 
    Continue Reading
    1 MALAYSIA
    Alhamdulillah, permohonan BR1M bujang diluluskan. Sampai bila tah nak membujang ni? hihi. Selagi bujang, selagi tu dapat. Bestkan jadi bujang senang haha. Sebenarnya, semalam lagikan BR1M dah masuk tapi itulah Byla tak sempat nak update blog. Bersyukur masuk dalam kelompok 1 ada kawan Byla check BR1M dia masih dalam proses, frust betul dia, haha.

    Bagi korang yang nak check BR1M korang boleh masuk laman web ini dan klik pada semakan status. Semalam Byla check duit dah masuk tapi dekat status tu tak ada pun dia bagitahu kredit duit tu kat mana. Check je bank akaun korang, kalau rasa macam banyak semacam tu masuklah.

    Apa yang korang buat dengan duit BR1M?

    Kalau Byla, emm...

    1) Bayar duit PTPTN, haha. Ingat hutang yang ada. Jangan nak enjoy sangat.
    2) Simpan RM50 daripada duit BR1M tu dalam tabung dan jangan usik-usik.
    3) Guna separuh daripada duit BR1M ni untuk modal perniagaan. Even Byla dah start jual produk kecantikan The Junni. Byla rasa macam nak jual benda lain juga. Maybe produk kecantikan untuk dalaman pulak.
    4) Kalau ada lebih, belanja family kot. Hihi. RM450 ni kejap je habis. Takdanya nak bertahan sampai akhir tahun, hoho bertabahlah.

    Kalau Byla baca blogger lain. Ada tu nak guna duit BR1M untuk travel. Travel dalam negara boleh la kot tapi kalau travel luar negara ehem mohon minta dekat Abe Jib kasi RM4500 sorang, hahaha. Gurau je :D Selain tu, ada juga nak guna duit BR1M ni buat modal bisnes. Bagus wak, kalau guna buat bisnes. Lagi apa ek? emm macam-macam kot. Masing-masing ada perancangan tersendiri.

    "Kita merancang, Allah yang menentukan."

    Yang penting, gunakan sebaik mungkin duit BR1M ni tau :)
    Continue Reading
    template 2017

    Yeay! Template baru untuk tahun baru. Template pertama yang berjaya menambat hati hakak Byla, hihi. Sebab tukar template baru sebab dah bosan dengan template lama. Template sebelum tu dah cantik tapi tak ada feel laa nak update bila tengok template tu, haha so poyo! InsyaAllah, lepas ni rajinlah kot nak update blog.

    Haa, siapa ada Bloglovin. Boleh laa follow Byla. Klik button bawah hee :D Boleh kite kenal-kenal dekat situ, hihi. Byla pun newbie lagi.

    Follow
    Continue Reading
    Hai, lama gila tak update blog. Ala, kalau update pun bukan ada yang baca yedak? Hahaha. Ni sebenarnya nak cerita, Minggu ni aku dapat panggilan temu duga sebagai Pegawai Kontrak untuk Perkhidmatan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Interview aku hari Rabu 15Feb2017 (rabu kemarin).

    Haritu Kastam ada buat pengumuman berkaitan jawatan kosong kontrak laa. Sebenarnya, aku tak tahu pun ada jawatan kosong ni. Ini pun fifie bagitahu, ajak hantar resume dekat Kastam haa. Masa fifie text aku tu minggu lepas hari isnin. Hari isnin hari tu aku ada interview juga sebagai Online Marketing Executive. Pasal position tu aku tamo habaq laa.

    Aku dengan fifie submit resume, cover letter, gambar masa hari Jumaat 10Feb2017. Tak berharap apa pun, sebab position kali ni dia job scope dia nak "Audit Pensyarikatan" more tu graduan yang course akaun ke kewangan ni. Aku just ada basic akaun je, itu pun dah lupa. Bebai palotak betoi, hahaha. Hari Sabtu petang 11Feb2017 aku buka email, dipanggil untuk temu duga. Check email nampak email fifie, terus cakap kat dia. Ini bermakna aku ada 3 hari saja untuk study pasal Kastam ni.

    Aku dengan excited bagitahu boyfriend aku "Dia, kita dapat panggilan temu duga kastam tapi kontrak je". Dia dengan tak sabarnya call aku. Nasihat dia satu je "Yang, pergi study 3 hari je lagi. Study betul-betul jangan main-main". Mood nak study tu Ya Allah, tuhan je tahu. Bila otak kau dah tepu nak study. 

    Lepas tu aku tanyalah fifie masa dia pergi interview untuk jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hari tu dia tanya apa. Masa tu dia dapat temu duga untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29. Lepas tu kemain laa aku study macam aku nak pergi interview SPA padahal ini dekat Jabatan Kastam je pun.

    Pepagi lagi lepas subuh aku dengan fifie bertolak dari cheras nak ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia dekat Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Keadaan pepagi lepas subuh pukul 6 lebih jem dah. Teruk weh, macam mana la kan orang kerja jauh keluar awal-awal pagi semata-mata nak redah jem. Semangat nak cerita rezeki gitulah. 

    Okay sambung,

    Kitaorang sampai dalam pukul 7.30 pagi. Kalau ikutkan, kitaorang nak naik je Sumber Manusia dekat tingkat 5 tu, tapi pak guard cakap atas takda orang pukul 8.00 baru boleh naik. Lepas pukul 8.00 naik atas dah ramai orang. Fifie, orang ke 12. Aku orang ke 13. Lepas tu kteorang dipisahkan dengan nombor genap dan ganjil. Wuwuwu, ingat interview berkumpulan cuak gak aku. Rupanya tak.

    Dalam pukul 10.30 pagi baru giliran aku masuk untuk interview. Korang nak tahu, aku punya study kemain sungguh-sungguh. Aku dok hafal nama PM, nama Menteri, nama Pengarah Kastam dengan dia punya timbalan. Tapi soalan dia takda kaitan apa aku baca. Aku baca laa audit, baca akaun, baca gst, baca kastam, sampai suruh boipreng aku terangkan pasal gst dengan akaun laa. Mungkin rezeki aku, panel tu tak tanya langsung pasal semua tu.

    Panel tu just tanya "Introduce Yourself". Itu bermaksud kau kena kenalkan diri kau dalam bahasa inggeris. Aku pun introduce laa diri aku semua. Sambil aku cakap-cakap tu dia meyampuk tanya soalan, terpaksalah aku berhenti dan sambung. Panel aku lelaki dan perempuan. Dua-dua tu perasan yang aku datang awal-awal pagi lagi. Dan dia pelik kenapa aku lambat masuk interview. Pastu aku cakaplah yang pak guard tu cakap tunggu bawah. Pehh, menyerlah juga aku masa tu. Kahkahkah! Then dia just tanya latar belakang aku dengan pengalaman aku bekerja. Cukuplah 15 minit je. Serius, group aku sekejap gila kalau nak dibandingkan group fifie.

    Lepas tu aku pun redha. Dapat-dapatlah, kalau tak dapat bukan rezeki. Allah dah tentukan rezeki aku dekat mana. So, tak perlulah nak bersedih ke apa ke. Aku dah berusaha, dah cuba dan tawakal. Aku redha. Haa, korang nak tahu gaji untuk kontrak ni berapa? RM2500 boleh tahan kan? Tapiiiiii.. dia takda laa insentif lain macam kerja tetap, gittew.

    Panjang sangat ni. Nantilah, aku share soalan yang fifie kena masa interview pegawai kontrak kastam ni. Thanks for reading,
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ►  2020 (6)
      • ►  June 2020 (2)
      • ►  May 2020 (1)
      • ►  March 2020 (2)
      • ►  January 2020 (1)
    • ►  2019 (10)
      • ►  November 2019 (1)
      • ►  October 2019 (2)
      • ►  September 2019 (3)
      • ►  August 2019 (3)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (3)
      • ►  December 2018 (3)
    • ▼  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ▼  February 2017 (5)
        • KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI KASTAM KONTRAK
        • RESIPI : KEK COKLAT KARAMEL
        • BR1M Bujang 2017
        • Template Baru 2017
        • TEMU DUGA UNTUK PEGAWAI CONTRACT FOR SERVICE DI JA...
      • ►  January 2017 (4)
    • ►  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ►  November 2016 (5)
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (8)

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top