Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Hi, korang. Ini sambung daripada Part 1 yang lepas. Okay, jom start macam mana aku boleh start drive sorang-sorang.

    Nak dijadikan cerita, kesayangan aku terpaksa pergi training selama 3 bulan. Wuwuwuuu, sedih aku. Aku fikirlah macam mana la lepas ni kalau aku nak pergi kerja, nak balik Cheras semua tu. Sebelum kesayangan aku tu pergi trainin, seminggu aku belajar drive and parking. dengan dia. Alhamdulillah, aku dah pandai parking tapi bukan dekat tempat-tempat yang crowded laa sebab aku newbie gittew hahaha. Rasa terharu gila weh bila dia bagi aku pakai kereta dia selama 3 bulan. First aku tolak sebab aku risau aku bawa kereta orang bukan kereta aku. Lepas dia pujuk-pujuk aku, aku pun terima la untuk jaga kereta dia selama 3 bulan.

    First week drive sorang.
    Cuak, berdebar-debar, istighfar banyak-banyak, banyak kali baca doa kenderaan. Cuak gila sebab aku kena hadap lubang dan lopak dekat area port klang sana. Port klang memang banyak lori kontena besar-besar yang drive laju gila bab* sebelum ni aku ada pengalaman lori hampir nak langgar kereta aku masa aku nak tukar lane. Nasib baik ada dia masatu. Memang aku trauma dengan lori. Alhamdulillah sekarang dah okay.

    First week aku drive. Aku dapat saman sebab aku parking di tempat yang salah. Wuwuwu, tak sampai seminggu pun aku drive kereta tu dahbdapat saman.. apa la nasib aku masa tu. Aku pun redha la.

    Second week drive sorang.

    Aku memang tak mahir. Memang slow dan sangat berhati-hati aku bawa. Nasib baiklah kereta auto weh senang sikit kerja aku. Second week ujian untuk aku, cermin kereta kesayangan aku retak panjang. Tak tahu la salah aku atau ada batu melantun ataupun kerja manusia yang busuk hati. Kalau ikutkan masa aku drive, aku tak rasa ada batu melantun dekat cermin kereta tu. Lepas aku nak drive balik ke rumah sewa aku, aku tengok cermin kereta aku crack. Aku call dia nangis-nangis baru 2 minggu bawa kereta cermin kereta pecah.
    Selepas ayah aku survey tempat tukar cermin kereta jumpalah yang murah gila. Melayang duit aku. Nasib baik bukan aku yang kena bayar duit kereta dia haha selamat. Parak juga la pakai kereta, minyak kereta lagi, tol lagi, nak pergi cuci kereta lagi. Fuhhh, memang banyak habis duit dekat kereta je. Masa dah tukar cermin kena tambah tinted lagi. Hadoiyaiii nasib baiklah murah weh.

    Dah nak dekat 3 bulan aku jaga kereta dia. So far, alhamdulillah aku dah boleh drive sorang-sorang dalam keadaan sesak, aku dah boleh parking dekat mall even senget sikit, aku dah pandai reverse parking, aku macam tak percaya dengan apa yang dah aku lalui. Thanks to my sayang sebab beri kepercayaan sepenuhnya dekat aku. Thanks sebab tak pernah putus asa ajar aku dan sentiasa bagi semangat dekat aku.

    Untuk korang yang baru nak drive or takut nak drive. Jangan takut, korang boleh punya. Aku yang noob ni boleh takkan la korang tak boleh. Jangan risau bawa je kereta hari-hari slow-slow biarlah kena hon abaikan aje. Tengoklah aku sekarang ni, bawa 120km relax je haha sebab dah rasa power (haha belagaknya perempuan ni). Kereta aku tu Bezza tau bagi aku body dia besar sangat memang mula-mula tu aku tak confident nak bawa tapi lama-lama okay jee bawa kereta body besar.

    Apa yang paling penting, jangan lupa baca doa naik kenderaan dan drive hati-hati. Jangan takut. Kalau terlanggar ke tercalar ke biasalah tu ujian. At least itu adalah pengalaman korang. So, never give up. Fighting!

    Tamat sudah kisah "Aku dan kereta"

    aku dan kereta
    Babaii :)
    Continue Reading
    Assalamualaikum and Hi korang!

    Aku nak share pengalaman aku drive kereta selama 3 bulan. Siapa dekat sini ada lesen tapi tak boleh drive? tak berani nak drive? trauma nak drive? Say MEEEEEE! Haha. Okay aku nak cerita pengalaman aku drive sorang-sorang. Untuk pengetahuan korang aku dah ada lesen memandu since aku degree lagi tapi sekarang ni aku still tak mahir lagi drive.
    Cerita dia macam ni.

    Family aku ada kereta tapi kereta manual. Kiranya kereta manual ni aku lambat sikit nak faham. Asal bawa kereta manual confirm kereta tu mati bila berhenti, haha. Aku punya cuak masa kereta mati tengah jalan kemain mengigil-gigil satu badan. Ayah aku pun sampai dah naik fed up ajar aku drive. Last-last ayah aku suruh aku belajar bawa auto pulak, then aku boleh bawa tapi tak mahir. Lepas aku macam dah boleh bawa auto, ayah aku pun ajarlah aku parking. Sampai aku nangis-nangis laa dan sampai ayah stress dengan aku last-last dia cakap dengan aku "Kakak beli la kereta kakak sendiri nanti kakak faham la macam mana nak parking". Ayah aku ni jenis sayang kereta so dia risau kalau aku bawa kereta dia calar or kemek sana sini. Aku pun give up.

    Dah lama gila aku tak drive. Aku hanya drive hanya di highway dari rumah aku Cheras sampai Port Klang ke rumah sewa aku bersama ayahku. Lepas aku drive, hantar diri sendiri ke rumah sewa. Ayah drive balik ke Cheras. Macam tu je la rutin aku selalu since tahun lepas. Aku hanya drive di highway sahaja dan tak pernah parking dekat mana-mana kotak parking.

    Sampai la aku kenal dengan someone, dan dia la someone yang kedua penting dalam hidup aku selain family aku. Dia adalah kesayangan aku sekarang dan insyaAllah sampai akhirnya, acewah. Kkk sambung balik cerita...

    Okay, kesayangan aku tu ada kereta tapi kereta dia auto. Since aku dah dengan dia kerja satu tempat yang sama. Aku selalu pergi balik kerja dengan dia. So, no car pool dengan kawan-kawan aku lagi. Yela, kau dah ada someone yang satu tempat yang sama why not kau dengan dia je. Even kekadang gaduh hadap jee muka dia hahaha tak malu. Sampai satu masa tu, aku cakap dengan dia aku nak belajar bawa kereta dia.

    Alhamdulillah, dia sangat okay. Dia siap cakap "Kereta calar takpa, jangan sayang yang calar" cewahhh, dia sayang aku dari dia sayang kereta dia weh, hahahaha. Setiap petang dia akan ajar aku parking. Aku memang noob gila, dua minggu dia ajar baru aku faham itu pun taklah power lagi. Sejak aku ada dia aku dah tak harapkan ayah aku. Sepanjang aku bawa kereta dia memang banyak pengalaman jalan raya aku dapat. Fuhhh sangat mencabar. Kekadang aku rasa nak give up je tapi nasib baik ada dia. Thanks sayang hihi.

    Okay, nak tahu bila aku boleh drive sorang-sorang? Nantikan part 2, sebab part 1 macam panjang sangat intro dia, haha.

    Babaii
    Continue Reading
    Hi korang.

    Lama tak aktif blogging. Biasalah busy sikit. Rasanya bukan busy sikit tapi busy banyak, sampai tak sempat nak blogging. Ke sebenarnya aku ni pemalas orangnya? Hahaha. Okay, malas sikit. Bukan apa sekarang ni aku dah tak ada laptop, laptop aku rosak. Dalam perancangan untuk beli baru tapi nak cari yang khas untuk kerja, blogging and business kot. Aduh, bisnes pon tak gerak-gerak lagi. Sejak dah kerja jadi auditor la sangat ni memang busy. Lagi pun aku bukan duduk dengan family, aku menyewa je sebab kerja jauh. So, no internet (alasan!).

    Siapa yang follow blog ni mungkin agak confuse dengan nama panggilan aku dalam socmed ni, cewahhh macam la orang kenal kau sangat Salsabilah oii haha. Okay okay, mari kita mulakan.

    Nama aku Salsabilah Binti Mashuri. 

    Family aku panggil aku Bilah/Kakak. Kawan sekolah rendah sampai menengah panggil Sal. Kawan kerja aku sekarang panggil Bella/Bell. Customer aku panggil aku Byla. Dan ada juga yang panggil aku Salsa, Sally, dan Ila. Kemain kemas nama aku, banyak nau nama panggilan aku dapat. Sekarang ni aku dah melekat dengan nama Bella atau Bell. Dulu aku rasa orang nama Bella macam eww gediknya nama, haha. Sekarang aku prefer orang panggil aku Bell, comel kan?

    Sekarang ni korang boleh la panggil aku Bell lepas ni walaupun nama blog aku isbyla. Itu nama commercial je, hehehe.

    So, aku Bell.


    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ►  2020 (6)
      • ►  June 2020 (2)
      • ►  May 2020 (1)
      • ►  March 2020 (2)
      • ►  January 2020 (1)
    • ►  2019 (10)
      • ►  November 2019 (1)
      • ►  October 2019 (2)
      • ►  September 2019 (3)
      • ►  August 2019 (3)
      • ►  January 2019 (1)
    • ▼  2018 (3)
      • ▼  December 2018 (3)
        • Aku dan kereta - Part 2
        • Aku dan kereta - Part 1
        • Byla or Bella?
    • ►  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (5)
      • ►  January 2017 (4)
    • ►  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ►  November 2016 (5)
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (8)

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top