Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Hello gaisss,

    Korang pernah try tak makan dekat Restaurant Pho Street. Bell first time taw makan dekat Pho Street Sunway Velocity. Akak office Bell yang ajak makan sini. Bell follow je tapi Bell tak tahu dan tak pernah makan pun dekat sini. Dan tak tahu makanan jenis apa yang ada dekat sini. Tapi pekerja restaurant ni ramai perempuan melayu pakai tudung.
    vietnam food street
    Bell pun selak la menu yang ada. Bell macam "wow apa benda ni? Hish pelik ahh, agak-agak rasa macam mana ek". Bell memang curious gila dan tak sempat nak google tempat ni, hihi. Sampai tak tahu nak makan apa sebab pelik en. Yang Bell pernah makan Fresh Summer Roll with Prawn & Fresh Herbs je. Sebab dulu member Bell pernah bawa makanan ni dekat office. Bagi yang tak gemar makan sayur macam Bell, BIG NO laa untuk summer roll ni, hihi.

    spring roll vietnamSetelah digoogle barulah tahu yang Pho Street ni merupakan hidangan makanan (street food) Vietnam. Halahhh, patutlah tak tahu. Dulu tak silap Bell restaurant ni tak halal tau tapi itu duluuuu sekarang ni merupakan restaurant halal, gittew. hihi.

    Taraaaa Bell order yang ni haa.. Bila ingat balik sedapnyaaaa. Bell cuba "Dry Rice Vermicelli with Tumeric Chicken". Yang ni macam mihun tau tapi dia macam tebal-tebal sikit. Bell suka mi macam ni berbanding mi kuning. Bell tak gemar sangat makan mi kuning, hihi.

    Menu yang ni hirup kuah yang sedia ada dalam mangkuk ni, Ya Allah sedapnya. Suka gila dengan dia punya rasa. Dia ada bagi kuah macam sup tau, Bell tak sure pula rasa dia macam mana.

    Dalam mangkuk ni ada spring roll ranggup. Paling Bell suka spring roll ni.. cicah dengan sos sedia ada, ahhh sedapnya. Serious korang kena cuba. Bell rasa macam nak order spring roll ranggup ni sahaja sebab sedap sangat.

    Ayam dia tu kan.. rasa macam rempah-rempah macam sate ayam pon ye jugak. Dengan pedas-pedas dia. Rasa macam makan sate ayam pun ye jugak.

    Akk office Bell order apatah, lupa dah. Dia punya pun nampak macam sedap. Makan banyak ni je sebab untuk alas perut makan tengahari je. Kalau makan banyak nanti balik office, perut penuh mata mengantuk. Tak pasal-pasal tak boleh focus buat kerja haaa. Korang yang tak pernah try tu, try laa makan sini. Tak salah pun nak mencuba makanan pelik-pelik ni. 

    Siapa pernah makan sini, apa pendapat korang dengan makan dekat restaurant ni? 

    Love,
    Bell.
    Continue Reading
    Rindu diorang ni. Since 2012 sampai la sekarang. Masih keep in touch. Walaupun jarang jumpa tapi selalu je wasep dalam group. Rindu nak gaduh-gaduh, share masalah, gelak, nangis sama-sama. Haha. Member tiga orang dah kahwin. Tinggal kite ni dengan member sorang lagi. Dua orang bakal jadi ibu. Bila tengok gambar lama-lama rindu gila zaman nakal-nakal dulu.

    Tinggal la si dua comel ni tak kahwin lagi. Kalau diorang keluar bawa suami masing-masing, kami berdualah berkepit, huhu. Dua-dua sudah berpunya cuma tak tahu lagi bila majlisnya, haha. Takpa kitaorang chill-chill je, belum 30an lagi. Leklek laa kan. Enjoy selagi boleh enjoy. Lepas ni dah kalau dah kahwin enjoy dengan suami la gamaknya. Maigod, iolls tak ready lagi nak kahwin. Hehe

    Hargailah persahabatan dan masa bagi korang yang masih belajar tu.
    Sumpah, nanti korang dah kerja semua korang akan rindu zaman-zaman kegilaan korang dengan member korang. Zaman tu tak akan berulang dua tiga kali okay. So, enjoylah masa muda korang. Hargailah orang sekeliling korang yang penting, jaga diri, tahu batas-batas pergaulan, mana baik mana buruk, jangan mudah terpengaruh dan belajar elok-elok. Tu jee sis nak nasihat, hahaha. Hakak-hakak sangattttt :D

    Love,
    Bell

    Continue Reading
    Halluuuuu...
    Assalamualaikum chuolls.

    Chizu Malaysia, Chizu NU SentralLama sangat tak update blog. Sian dia sunyi, hikhiks. Last week Bell keluar dengan geng Bell. Lama tak jumpa geng. So, kitaorang decide nak jumpa dekat NU Sentral sebab tengah-tengah KL dengan Selangor, eh yeke? hehe.

    Bell google la ada apa dekat NU Sentral, then Bell nampak Chizu & Honzu. Bell pon macam wowww kena try ni. Lepak dah lepak-lepak jumpa semua, tempat last nak chill-chill Bell ajak pergi Chizu & Honzu. Diorang pon layan je laa. Bukan selalu Bell pergi NU Sentral ni..

    Laju je jalan ke depan nak try Chizu & Honzu punya pasal. Actually, Chizu & Honzu dah lama ada dekat Malaysia ni cumanya Bell je baru nak try itu pun sebab viral dekat Twitter. Kalau tak memang tak try la huhu.

    Member pun macam "sejak bila minah ni suka minum makan benda-benda macam ni?". Haha biasalah sejak dah berumur, eh?

    Molasses Fresh Milk x Cheese Puding, chizu
    Molasses Fresh Milk x Cheese Puding

    Korang tahu tak molasses tu apa? Molasses tu brown sugar ghupernya. Rasa dia hampir sama dengan semua boba brown sugar haa. Cuma yang unik dia Cheese Puding. Siapa suka cheese mesti suka gila. Lagi pun minuman ni sangat recomended bagi sesiapa yang baru nak try Chizu.

    Cumanyaaaa... boba dia agak kenyal sikit laa. Keras sikit nak makan. Entahlah depends outlet kot. Bell try dekat outlet NU Sentral.

    Okaylah, cheese puding dengan brown sugar fresh milk ni. Tak rasa manis sangat dan tak rasa susu sangat, hehe. Bell tak berapa gemar susu haa.. hee.
    Korang cuba dulu okay? Nanti dah cuba bagitahu Bell pendapat korang macam mana. Okay?

    Chocolate Cheese Regular 
    Chocolate Cheese Regular, ChizuMember Bell try Chocolate Cheese. Bell tengok review ada orang cakap chocolate ni berapa nak sedap sangat. Tapi Bell rasa macam okay je. Just nice.

    Chizu ni kan asalnya cheese.

    Cheese dia tebal gila. Kalau minum pakai straw memang tak best gila sebab tak rasa cheese dia. Korang tahu tak nak minum air ni ada cara dia. Kena minum 40/45 darjah untuk dapatkan misai daripada cheese yang korang minum ni. Ini Bell tengok orang review la, hihi.

    Okay lupa pula nak bagitahu harga.

    Molasses Fresh Milk x Cheese Puding : RM12.00
    Chocolate Cheese Regular : RM12.00
    total not include sst
    Cheddar Cheese Croissant, Chizu Honzu
    Untuk makanan Honzu.
    Bell pilih Cheddar Cheese Croissant & Japanese Cheese Croissant.

    Cheddar Cheese Croissant yang warna kuning-kuning tu. Manakala Japanese Cheese Croissant tu yang warna putih.

    Dua-dua isi dalam dia kosong topping dia tu merupakan perasa setiap roti tu. Bagi Bell rasa dia biasa-biasa je. Antara dua roti ni Bell prefer Japanese Cheese sebab rasa dia tak terlalu cheeze sangat haha.

    Masa Bell nak makan roti dia, Bell rasa roti dia macam keras sikit. Mungkin sebab Bell beli dah malam kot so dia macam tak fresh? Mungkinlah sebab tu, haha.

    Harga dia:
    Cheddar Cheese Croissant : RM6.50
    Japanese Cheese Croissant : RM6.50
    total not include sst

    Konklusinya, Bell rasa roti dia agak mahal. Dah la kosong topping kat atas tu je semata-mata tapi kalau untuk korang nak cuba try test rasa dia macam mana cubalah. Alah, bukan selalukan makan makanan macam ni haa. Tak salah mencuba, betul tak? Hehe

    Kalau korang dah try, share lah pendapat korang mengenai Chizu & Honzu ni. Drop komen dekat bawah eh, tenkiu sudi membaca review dari Bell.

    Love,
    Bell
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ►  2020 (6)
      • ►  June 2020 (2)
      • ►  May 2020 (1)
      • ►  March 2020 (2)
      • ►  January 2020 (1)
    • ▼  2019 (10)
      • ►  November 2019 (1)
      • ►  October 2019 (2)
      • ►  September 2019 (3)
      • ▼  August 2019 (3)
        • Pho Street Malaysia
        • MEMBER SINCE 2012 UNTIL NOW
        • CHIZU & HONZU
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (3)
      • ►  December 2018 (3)
    • ►  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (5)
      • ►  January 2017 (4)
    • ►  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ►  November 2016 (5)
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (8)

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top