Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Sekarang ni merata-rata ada jual boba. Pergi je la mana-mana tempat mesti ada jual boba. Boba brown sugar la boba itu la ini la. Boba ni dulu-dulu Bell panggil pearl atau buble tau. Zaman-zaman dulu pearl yang ramai student beli dekat cool blog la. Cool Blog laa paling murah harga dia. Dulu Cool Blog tak ada la bersaing macam sekarang. Sekarang ni merata orang jual boba. 

    Minggu lepas makan dekat Restoran Kotak dekat Subang. Dah alang-alang tu Bell nak cubalah boba tea dari The Black Whale. Ya Allah, merata weh boba dekat subang tu. Masa tu Bell salah masuk ingatkan The Black Whale Tea tu sama tau dengan The Black Whale. Bell pon masuk nak order minuman boba yang tengah fames sekarang ni.
    subang jaya
    Bell tanyalah, ada tak "Fiery Brown Sugar Black Whale"? Lepas tu amoi tu cakap ohh ini kedai depan sikit ada jual, dekat sini tak ada ini air. Bell dengan adik Bell macam "Eh bukan sama je eh The Black Whale?" Lepas keluar dari kedai baru perasan kedai dia nama "The Black Whale Tea". Tak sama okay tapi dekat sini ada je minuman brown sugar. Tapi kami tak mahu cuba hat yang tu. Kami pon jalan depan sikit. Semata-mata nak cuba boba yang tengah viral dekat twitter, hahaha.
    brown sugar black whale brulee
    Bell pon order la Fiery Brown Sugar Black Whale (RM12.90) dengan Brown Sugar Black Whale Brulee. Fuh harga dia, harga Yahudi nko. Padahal size medium je okay, bukan large. Kalau large tak perasan pula berapa. Mungkin dalam RM15++ kot.

    Fiery Brown Sugar Black Whale
    Atas dia ada milk cream dengan taburan gula perang bakar. Dia ada bagi sudu. Sebelum minum korang boleh rasa milk cream dia. Fuhhhhh sedappppp. Rasa lemak-lemak haa. Macam chizu pon ada juga tau. Tapi chizu takda bakar-bakar haa.

    Brown Sugar Black Whale Brulee
    Beza dia dengan Fiery atas dia macam ada puding-puding haha, aku tak reti la nak describe macam mana. Tapi sedap tak selemak fiery taw. Fiery tu rasa lemak gila.

    Apa-apa pun dia punya pearl sedap wehhhh. Air dia pon lagi sedap berbanding Xing Fu Tang kot. The Black Whale perfect ahh cita dia, haha. 

    Untung gila siapa yang tinggal dekat area Subang Jaya ni. Bersepah weh kedai boba ni. Setiap hari boleh rasa lain-lain jenama haa. Tapi satu je laa, kalau korang kena kencing manis aku tak tahu la. Bell ni pun minum bukan selalu. Sekali skale tak apa la. Harga Yahudi bazir duit Bell je. Dah la manis senang nko dapat penyakit haa. Hahaha

    Nanti dah cuba, jangan lupa share dengan Bell eh. Hihi

    Okay la, selamat mencuba.

    Love,
    Bell


    Continue Reading
    Hi korang,

    Bell hari ni nak kongsi sikit apa yang Bell makan selepas teman adik Bell buat ujian fizikal. Memandangkan Kelana Jaya dengan Subang Jaya tak jauh mana. Adik Bell ajak makan dekat RESTORAN KOTAK. Adik Bell ni memang lagi advance daripada Bell. Sebelum ni dia kata dia dah pernah try ayam geprek level tiga. Kali ni dia nak try ayam geprek level enam. Apa lagi Bell pon minta la buah hati Bell pergi makan sana.
    subang jaya
    Bell sampai sini dalam pukul 11 lebih. Ya Allah, susahnya nak cari parking walaupun hari tu hari Khamis ye anak-anak. Pukul 11 lebih belum lunch hour okay. Tapi Alhamdulillah rezeki dapat parking dekat dengan Restoran Kotak, kena jalan sikit je dari parking.
    Apa yang Bell order dekat kotak ni:
    1- Ayam Panggang (RM15.80)
    2- Ayam Geprek Level 3 (RM13.80)
    3- Ayam Geprek Level 6 (RM13.80)
    4- Coconut Ice Cream (RM9.80)
    5- Ice Lemon Tea (RM4.80)
    6- Ice Peach Tea (RM4.80x2)

    So total untuk tiga (3) orang makan sebanyak RM67.60 ye anak-anak, haha. Bagi Bell yang suka makan dekat warung-warung tepi jalan ni harga dekat sini agak "expensive" la bagi kak Bell haa haha. Tapi kalau sekali sekala takpa la kan? Betul tak? Nasib baiklah buah hati hakak payung dek. Sayang ketat-ketat dekat buah hati hakak sorang ni, hekhek.
    indonesia concept food
    Buah hati akak makan ayam panggang, memandangkan dia tak boleh makan pedas buat masa ni. So far dia kata okay la. Bell pula cuba Ayam Geprek Level 3. Adik Bell cakap tak pedas tapi bagi Bell sumpah pedas nyesal rasanya, tahu ambek level 1 atau 2 je tau. Kalau korang nak tahu ayam Geprek ni ada sampai level 10 tau. Siapa yang hantu makan pedas tu, cuba la level 10 pedas namatey, haha.

    Bell yang level 3 tu pon tak larat nak habiskan tau. Bell tak tahu kenapa sekarang ni ni rasa macam dah tak boleh makan pedas sangat, faktor usia mungkin? Hahaha. Adik Bell gatal nak try level 6, hambek ko pedas gilaaa. Bagi Bell nasi dia banyak gila. Bell tak boleh nak habiskan tapi terpaksa habiskan sebab mahal, hahaha kelakar kan? Ayam geprek tu pon Bell tak dapat habiskan tapi Bell paksa adik Bell habiskan ayam Bell. Yela, buah hati kak Bell pun bukan boleh makan pedas. Tak dapat la nak habiskan Bell punya makanan jadi adik Bell la yang kena habiskan.
    Jujur Bell cakap Bell tak suka apa-apa makanan atau minuman daripada coconut ni tapi ice cream dia. Ya Allah sedapnyaaaaaa. Harga RM9.80 yaa tapi sikit je aiskrim dia. Bagi korang berbaloi tak? Kalau Bell, Bell rasa kalau jarang-jarang takpa kot. Hihi.

    Restoran Kotak ni adalah Indonesia Concept Food, so rasa dia macam makan dekat Restoran Wong Solo atau Ayam Penyet. Tapi dekat Wong Solo tak ada sup kan, dekat Kotak ni ada sup. dan air boleh refill. Sebenarnya kan harga dia lebih kurang jee makan dekat Wong Solo atau Ayam Penyet ni. Tapi tak apa la bukan selalu. Kteorang semua suka sup dekat kotak ni, okay la makan dengan nasi. And then dia ada kicap manis. Kepedasan ayam tu boleh dikurangkan dengan adanya kicap manis ni. Sambal dia pon best sedap. Bell suka.
    Restoran Kotak ni sangat selesa. Boleh makan dekat luar atau makan dekat dalam. Dalam restoran tingkat atas pon boleh makan tapi atas tu ada construction sikit. Tandas dekat restoran ni bersih sangat. Tempat makan yang sangat selesa nak makan. Pintu dia pakai sensor woo, hahaha. 

    Sesiapa yang nak cuba boleh la cuba makan dekat sini nanti.

    KOTAK Malaysia SS15
    7, Jalan SS15/8b, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor
    Operasi : Isnin- Sabtu (8am-12am)
    Ahad (8am-11pm)
    www.kotakmalaysia.com

    Love,
    Bell
    Continue Reading
    Assalamualaikum semua,

    Lama tak update blog, entah kenapa malas sangat. Mungkin sebab tak tahu nak buka topik apa. Jadi topik hari ini adalah "Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Di Jabatan Kastam Diraja Malaysia" fuhhh panjang gittew, hahaha. Minggu lepas Bell teman adik Bell pergi ujian fizikal dekat Kompleks Kastam Dewan Kenangan,WP KL. Memang mengimbau kenangan betul la dekat sini. Sebab sebelum ni Bell interview kastam untuk Pegawai Kontrak WK41 dekat sini la. Itu cerita 2 tahun lepas, jadi rindu pula nak kerja dekat kastam.

    Okay sambung.
    WK19
    Sesi pendaftaran ujian fizikal ni bermula 7.30am sampai 8.00am. Dan Bell sampai sana dalam pukul 7.40am. Lambat 10minit sebab jalan sesak plus salah jalan. Fuhhh mencabar nasib baik tak lambat sangat. Nasihat untuk semua TOLONG DATANG atau GERAK AWAL DARI RUMAH untuk elakkan benda-benda yang tak diingini berlaku.

    Lepas sampai jalan terus ke Dewan ikut budak-budak lain yang nak ambil ujian fizikal. Lepas tu terus daftar. Bell tunggu adik Bell buat ujian fizikal dan pancaindera sampai pukul 11am. Penat pulak tunggu budak ni, haha. Adik Bell sebenarnya rabun orangnya. Power mata 400 kiri kanan, gila en. Tapi Bell paksa je dia pergi walaupun Bell tahu dia tak akan lepas punyalah. Tapi apa salahnya ambil pengalaman kan. Lagi pun adik Bell ni hati kering dan dia pun ikut je laa akak dia punya pendapat.
    kastam wk19
    Sebab tahun ni kastam buat ujian fizikal taw. Tahun-tahun sebelum ni, masa zaman Najib Kastam tak pernah ada ujian fizikal ni. Semua dapat tawaran temuduga terus. Rasa macam lecehnya sekarang ni. Adik Bell masa dia buat ujian tu berat dia 53kg tinggi dia 156cm, alhamdulillah lepas ujian BMI. Bila part ujian mata GAGAL terus sebab dia main bantai je. Dia rabun teruk bila tak pakai cermin mata mana la nak nampak, hahaha.

    Untuk pengetahuan korang. Ujian fizikal kastam ni tak straight sangat macam ujian imigresen, SPRM dan lain-lain. Adik Bell chill-chill je dengan tak pakai cermin mata sebab nak elak dari kena halau terus sebelum ujian fizikal hahaha.

    Takpalah bukan rezeki lagi kot. Yang penting jangan lupa update SPA. Adik Bell ni baru 19 tahun tapi SPA rajin petik nama dia, haha. Masa dia datang ujian fizikal ni kebanyakan 23-24 tahun yang datang ujian fizikal ni. Jangan give up update je, kot-kot laa lepas ni dapat temuduga terus tak payah ujian fizikal kan.. rezeki mana kita tahu. 

    wilayah persekutuan kuala lumpur
    Okay la sampai disini sahaja perjuangan kami. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi kita bertemu kembali, gittew. Thanks to my beloved boipreng sebab temankan Bell dan adiknya serta belanja makan ayam gaprek dan juga air boba. Next Bell akan review makanan dekat situ ye. 

    Babaii <3

    Love,
    Bell

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ►  2020 (6)
      • ►  June 2020 (2)
      • ►  May 2020 (1)
      • ►  March 2020 (2)
      • ►  January 2020 (1)
    • ▼  2019 (10)
      • ►  November 2019 (1)
      • ►  October 2019 (2)
      • ▼  September 2019 (3)
        • BOBA : THE BLACK WHALE
        • KOTAK SS15 AYAM GEPREK
        • UJIAN FIZIKAL PEMBANTU PENGUASA KASTAM WK19
      • ►  August 2019 (3)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (3)
      • ►  December 2018 (3)
    • ►  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (5)
      • ►  January 2017 (4)
    • ►  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ►  November 2016 (5)
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (8)

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top