Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Hi, hari ni Bell nak bebel sikit. Bell rindu dengan kawan-kawan Bell. Rindu zaman belajar sama-sama dulu. Gelak, menangis, sedih, gembira, gaduh, marah, seronok semua sama-sama. Sekarang ni kawan-kawan Bell dah ada life masing-masing. Ramai kawan-kawan Bell dah kahwin. Sejak dah berumur 26 tahun ke atas makin lama makin hilang keakraban. Dulu kalau borak dekat wasep, semua reply. Rancak je berborak. Sekarang ni group wasep dah tak serancak dulu.

    Kadang bila kita tegur story, balas takat tu je macam tak tahu nak borak apa. Kadang tu ada yang hide status wasep dia dari kita. Entahlah, macam tu la kehidupan. Ada turun naik. Bila ramai yang dah kahwin, makin susah sikit nak berjumpa. Kalau nak jumpa pon mesti kena bawa suami, dah tak seronok macam dulu-dulu. Biasalah perempuan kan ada banyak cerita, tak seronoklah kalau bawa suami, hihi.

    Bila dah berumur ni, Bell tengok kawan-kawan Bell struggle dengan kehidupan diorang. Ada yang susah, ada yang senang. Macam Bell tak ada kereta susah sikit Bell nak pergi dekat diorang. Sorang duduk Damansara, sorang duduk Klang, sorang lagi duduk Selayang, yang dekat satu kawasan pon payah taw nak jumpa. Sekarang ni nak lepak mesti lepak kat tempat yang biasa-biasa je. Tak boleh nak hipstur sangat. Yela, makanan sekarang ni mahal-mahal. Cukuplah sekadar lepak kedai-kedai biasa. Asalkan dapat berkumpul dan tak kisah pon suami dekat sebelah, haha. 

    Macam ni la kehidupan bila dah dewasa ni ye adik-adik. 
    Kadang dengan kehidupan yang sekarang ni, kita tak mampu nak bahagiakan kawan-kawan kita. Contohnya bagi hadiah ke, sambut birthday ke, belanja makan ke, susahlah sekarang ni. Sekarang ni hanya mampu berdoa yang terbaik untuk diorang. Hopefully, diorang dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Bila masing-masing dah kukuh baru boleh berhibur, huhu.

    Hmm, rindunya dekat diorang.


    Continue Reading
    Hi, lama Bell tak update blog. Busy kerja la. Asyik outstation je, balik rumah dah tak larat sebab penat. Dua tiga jam dalam kereta, pergi banyak tempat seminggu tu. Weekend pula kadang nak berehat-rehat tak pun keluar. So, tak sempat nak update sangat (hihi, alasan).

    Okay, hari ni Bell nak share sikit pasal wax. Korang pernah cuba tak wax bulu-bulu atau rambut-rambut yang ada dekat badan korang? Bell zaman belajar pernah juga cuba guna wax ni sebab member Bell beli dia tak berani nak try. Zaman dulu macam leceh sikit. Nak guna wax tu kena masak air panas, rendam dengan air panas. Lepas tu kena sejukan wax tu. Salah sorang member jadi "tikus putih" sebab kteorg experimentasi wax tu dekat badan dia, haha kelakar sian dia. Macam-macam kteorg buat tak jadi, then kteorang give up dan tak pakai langsung benda tu.
    norah wax
    Norah Wax ni Puan Aniza masa Bell kerja dekat KASTAM dulu, sebelum dia pindah Johor dan dia hadiahkan Bell dengan kawan Bell wax. Dua botol pulak tu, satu cold wax dan satu lagi hot wax. Dan bulan lepas Bell tetiba kemas barang terjumpa wax ni. Rasa sayang pulak tak pakai. So, Bell ajak adik Bell pakai wax ni. Siap tengok youtube lagi haa. First try Bell pilih cold wax sebab Bell malas nak panaskan benda ni. Cold wax ni macam travel friendly la tapi bagi Bell tak friendly sgt laa sebab botol kaca berat nak bawa dan leceh sikit nak pakai sebab dia bukan macam dalam tube.

    So far, Alhamdulillah hasil Bell try dekat adik Bell menjadi. Kteorang try dekat armpit. Bila dah menjadi tu rasa excited gila, hahaha. Then Bell suruh adik Bell buatkan dekat Bell pulak. Masa nak pakai tu macam seram-seram je. Yela, nak rentap wax tu dekat kain. Tapi sebenarnya tak ada la sakit sangat. Biasa jee lelama tu okay.

    Apa yang Bell nampak bila Bell pakai wax ni. Bulu dekat armpit ni memang lambat gila nak tumbuh. Lepas tu kan, dia tumbuh jarang-jarang tak lebat macam kita bercukur tau. Tak rasa tajam-tajam pon. Wax ni memang terbaiklah. Sampai ke akar umbi dia tariknya. Seram tengok, hahaha. Tapi best licin je tiak, hahaha. Bulu pon lambat tumbuh. Bell suka sangat. Nasib baiklah ada orang hadiahkan, kalau tak seumur hidup tak akan beli benda ni, hihi.

    Cara Bell pakai cold wax ni.
    1. Bell tabur bedak baby dekat kawasan yang Bell nak cabut tu.
    2. Lepas tu sapu wax ni ikut arah bulu tu.
    3. Lepas dah sapu, letak kain yang dah dibekalkan. Tekap2.
    4. TARIK! Ingat tarik dia lawan arah bulu tu taw.
    5. Taraaa siap. Baru jadi.

    Kalau korang tak faham, korang boleh buka dekat youtube. Ada tutorial dia, hahaha.

    Jangan risau Norah Wax ni memang buatan bumiputera kita. Dan wax ni merupakan produk organik, tak merbahaya pun pakai. Memang tahan lama. Setahun pon boleh tak habislah pakai, hahaha. Cubalah, tak sakit pon. Serius tak tipu! Hee

    Selamat mencuba gaissss!

    Love <3
    Bell
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ►  2020 (6)
      • ►  June 2020 (2)
      • ►  May 2020 (1)
      • ►  March 2020 (2)
      • ►  January 2020 (1)
    • ▼  2019 (10)
      • ►  November 2019 (1)
      • ▼  October 2019 (2)
        • Rindu, sahabat.
        • NORAH WAX - HAIR REMOVAL
      • ►  September 2019 (3)
      • ►  August 2019 (3)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (3)
      • ►  December 2018 (3)
    • ►  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (5)
      • ►  January 2017 (4)
    • ►  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ►  November 2016 (5)
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (8)

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top