Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Assalamualaikum, 

    Hai korang. Lama Bell tak update blog kan. Biasalah tetiba je rasa macam tak ada idea. Padahal dalam kepala dah fikir nak update pasal apa semua. Bila nak menaip je dia hilang.. pofff! Haha. Okay la, Bell nak cerita pasal emas ni. Siapa dekat sini suka emas? Angkat tangan! Mesti korang yang perempuan ni suka emas juga kan? Susah la nak jumpa perempuan yang tak suka emas ni, satu dalam seribu kot. 

    Kenapa Bell tetiba cerita pasal emas ni?
    Haa jeng jeng jeng!

    Bell pada mulanya cuma nak survey je harga emas dan design emas sebab Isnin lepas Bell dengan Bf Bell jalan-jalan dekat Shah Alam Seksyen 7. Asalnya nak usha butik-butik baju kahwin semua tu. Masa Bell dengan bf Bell pusing-pusing situ ternampaklah Kedai Emas Anuar, Bell ajak bf Bell survey cincin dulu. Memandangkan kakak dia akan bertunang bulan 12 ni. Start je kakak dia bertunang, bila dah tahu tarikh kakak dia nak nikah kahwin semua nanti.. Bell dengan bf Bell tak boleh buang masa. Sebab makpak bf Bell nak dia (kteorang) dengan kakak dia buat kenduri kahwin sekali, senang (jimat kos, hehe). Tapi Bell kena nikah dulu la sebelum kak dia. Haa sebab tu la kteorang kena prepare awal-awal bila dah tahu kakak dia nak bertunang.
    Emas Anuar Shah Alam
    Ops, Bell bukan beli cincin ni. Rahsia! hihi. Abaikan tangan Bell yang buruk tu, hahaha.
    Syok weh usha emas ni, rambang mata haa tak tahu nak pilih mana. Bell tanya member Bell yang dah kahwin, cincin risik dengan tunang kena macam mana? Ada yang cakap cincin risik pilih belah rotan, cincin tunang pilih cincin batu. Ada yang cakap tak kisah mana-mana asalkan dua cincin tapi lain design. Taknak beli cincin batu untuk bertunang pon takpa sebab cincin batu ni murah kalau nak jual lagi pun bukan emas 916 haa.

    Ohh ya, ibu Bell tak kisah pon Bell nak pilih cincin apa. Ibu okay je dengan pilihan Bell. Alhamdulillah, ibu tak cerewet.

    Bell pon malas nak ikut sangat cakap orang suruh beli cincin emas dengan cincin batu. Sebab yang pakainya Bell. Ye tahu nampak cantik sikit kalau tunang pakai cincin batu haa. Daripada kita perabih duit beli cincin batu yang sikit nilainya baik Bell pilih dua cincin 916 berlainan design, gittewwww. Bijak tak bijak?
    gelang sajat murah
    Geram ja tengok hat tebai tu. Tapi sewram tau pakai besaq2 ni. Takut tangan kena potong ja nanti, hihi
    Nanti nikah untuk batal air sembayang Bell minta rantai tangan pulak (hamboi, demand! haha) Hari tu nak beli rantai tangan tau sebab emas masa tu promosi RM193/gram. Tempat lain RM195/gram haa. Bell belek-belek berkenan dengan rantai tangan coco ha. Tanya bf Bell nak pilih mana? Hat yang halus ka, tebai sikit ka, tebai teruih? Hat yang halus boleh dapat dalam 1k, yang sedang 2k, yang tebai 3k lebih. Tengok bf Bell macam sian je. Bell cakap dengan dia "Takpa la, next year kita beli ehh, nanti kita tambah sikit duit kalau nak yang tebai tu nanti baru berbaloi beli hihi". Bf Bell pon  redha dan setuju dengan Bell. Akhirnya kitaorang pilih cincin emas 916.

    Balik pun bahagia je rasa macam tak sabar nak sarung cincin tu nanti, hihi.

    Sayang,
    Bell <3
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ►  2020 (6)
      • ►  June 2020 (2)
      • ►  May 2020 (1)
      • ►  March 2020 (2)
      • ►  January 2020 (1)
    • ▼  2019 (10)
      • ▼  November 2019 (1)
        • BELL NAK KAHWIN DAH KE: CINCIN RISIK & TUNANG
      • ►  October 2019 (2)
      • ►  September 2019 (3)
      • ►  August 2019 (3)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (3)
      • ►  December 2018 (3)
    • ►  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (5)
      • ►  January 2017 (4)
    • ►  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ►  November 2016 (5)
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (8)

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top