Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Alhamdulillah, Bella 'Officially Engaged!'

    (Ahad, 15.03.2020)

    Macam tak caya je dah jadi tunang orang tau. Semua persiapan pertunangan ni semua last minute. Dari segi persiapan diri seminggu sebelum bertunang baru nak prepare. Perasaan nak bertunang tu macam tak ada. Kosong. Selalu tanya diri sendiri, betul ke dah bersedia nak ke fasa yang lebih serius ni?  Betul ke kau ni Bell? Sebab tengok diri sendiri macam tak bersedia je. Tapi pejam celik pejam celik seminggu je lagi nak bertunang. Apa barang pon tak prepare. Nasib baik barang hantaran dah beli sikit-sikit. Cuma macam bunga hiasan hantaran, coklat, baju tunang, makeup, shawl semua last minute. Dari segi persiapan hidangan makanan, family Bell yang handle. Alhamdulillah yang tu tak ada masalah. Jiran-jiran Bell dengan maklong Bell yang banyak bantu ibu ayah sediakan (rewang kecil-kecilan).

    Majlis Bell, Bell tak jemput ramai tau. Bell hanya jemput saudara-mara Bell, jiran-jiran Bell dengan member rapat Bell je. Memang niat nak buat kecil-kecilan sahaja. Ada je kawan Bell yang tanya tak ada buat pelamin tunang ke? tak ada buat tema baju family ke? Tak ada itu ini ke? Jawapan Bell hanyalah "Tak, aku buat majlis tunang aku kecik-kecik je. Tak ada pelamin tunang, tak ada baju tema sedondon. Aku guna apa yang ada je. Jimat!". Betul tak? Tapi if korang ada duit lebih boleh je nak buat majlis tunang besar-besaran. Tak salah jemput orang makan. Ibarat macam sedekahlah gitu. Zaman sekarang ni kan trend tunang pon ada pelamin. Bell prefer yang tertutup, simple dan tak membazir. Bell tak show off lebih-lebih.

    Tunang Bell pon, Bell sorok. Nanti dah kahwin baru Bell share ek siapa gerangannya, hehe.

    Geng "Swekkk" dari dulu memang sentiasa berlima je. Tinggal 2 orang je lagi tak kahwin, hihi.

    Dari kiri : Adik, Kak Nor (sepupu), Kak Yanti (sepupu), Fizah (member f6)

    Dulang bulat, pihak Bella punya. Dulang segi empat, pihak lelaki punya bagi dekat perempuan. Tak ada gambar yang proper sebab yela majlis kecil-kecilan je. Apa yang ada. Nasib baik handphone ayah baru, cantik pulak camera dia. Guna je la apa yang ada, gittew.

    Ini semua sepupu Bell yang buat, Kak Nor. Kek dia memang sedap, cheese tart dia pon marvelous gittew. Siap dia buatkan kek birthday. Birthday Bell (19.03.2020) hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Wuwuwu~ Cedihhhhhh.. sampai sekarang tak dapat celebrate dengan En. Tunang. Kiranya sebulan la ni tak dapat jumpa. Wuwuwu~ takpa yang penting hadiah dapat. Hehe

    Nak jadikan cerita, sepatutnya Bell akan bernikah pada hujung bulan Jun 2020 tapi disebabkan masalah virus Covid19 dekat Malaysia makin menjadi-jadi. Bell rasa macam terpaksa tunda tarikh sama ada pada hujung tahun ni atau awal tahun depan. Nak nangis la bila jadi macam ni. Benda kita dah book, dah bayar macam-macam tapi kena postpone tak pun burn. Nasib baik tak beli lagi goodies ke apa ke. Kesian tau siapa yang terpaksa burn duit untuk majlis diorg yang tak jadi tu. Tahun ni memang dugaan untuk bakal-bakal pengantin. 

    Korang doakan tau semoga virus Convid19 ni cepat-cepat pulih dan bersih dari negara kita. Aamiin. Korang jangan keluar rumah sangat tau. Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga kebersihan. Harap kita semua sihat dan baik-baik aje. Aamiinnnn Ya Rabb..

    Love,
    Bell <3
    Continue Reading
    Dah masuk bulan tiga dah ek. Hihi lama tak update blog ni haa. Tak tahu apa nak update. Ada penyakit M. Allahu! jangan tiru Bell okay. Hihi. Bulan ni ada sesuatu yang penting akan berlangsung dalam hidup Bell tapi Bell boleh buat relax je lagi, hahaha. Apo la Bell ni. Bulan ni pun birthday Bell. Okay, tamau wish awal-awal ke? Hahaha.

    Haa nak tahu tak? Bulan lepas Bell balik Kedah jumpa bakal mertua gittew. Sebenarnya bf Bell nak pergi kenduri member dia 02.02.2020 dekat Alor Setar. Dah alang-alang nak balik Kedah tu, dia ajak Bell jumpa family dia. Sambil nak kenal-kenal dan nak teruskan hubungan ke arah yang lebih serius, eh?

    Bell minta cuti hari Jumaat. Jumaat pagi gerak Kedah dengan dia. Oh ya, Bell bawa adik perempuan Bell sebagai peneman Bell. Kot-kot Bell pisang sorang-sorang baik ajak dia. Dia pun tengah cuti semester. Nasib baik bawa dia. Boleh dia teman kakak dia borak-borak dengan bakal mak mertua. Bell jumpa mak bf Bell jumaat malam tu. Actually, mak dia ajak kteorang tidur rumah dia tapi kteorang dah book Hotel. Dah bayar kan, terpaksa la tolak. Lagi pun segan la nak tidur rumah family bf Bell haa. Kalau dah jumpa dan dah kenal lama takpa gak. Ini kira festaim Bell jumpa mak dia, dengan adik perempuan dia. Abah dia kerja. So tak dapat jumpa. Esok tu sebelum kenduri ingat nak pi jumpa abah dia tapi mama dia cakap takpa la, jumpa nanti bulan tiga. Eh?

    Apa yang eh tu ek?
    Jeng jeng jeng... nanti kalau sempat Bell update "apa yang eh tu" eh. Hihi
    Doa yang baik-baik k gaisss. Babaii <3

    Sayang,
    Bell <3
    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ▼  2020 (6)
      • ►  June 2020 (2)
      • ►  May 2020 (1)
      • ▼  March 2020 (2)
        • BELLA OFFICIALLY ENGAGED!
        • Hello, March!
      • ►  January 2020 (1)
    • ►  2019 (10)
      • ►  November 2019 (1)
      • ►  October 2019 (2)
      • ►  September 2019 (3)
      • ►  August 2019 (3)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (3)
      • ►  December 2018 (3)
    • ►  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (5)
      • ►  January 2017 (4)
    • ►  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ►  November 2016 (5)
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (8)

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top