Acid Folic bukan hanya "Vitamin Mengandung" okay!

8:00 pm

Aku sebenarnya tak tahu sangat pasal acid folic ni. Ini aku beli pun sebab kebanyakan yang aku baca diorang suruh start makan acid folic ni tiga(3) bulan sebelum berkahwin bagi sesiapa yang merancang nak dapat anak. First time beli rasa janggal. Belum kahwin lagi dah pergi beli. Aku rasa macam orang ingat aku nak cepat-cepat dapat anak hahaha. Aku beli bukan sebab tu. Aku beli sebagai langkah berjaga-jaga in case la kan aku termengandung. Mengandungi lemak takpa, kalau mengandungi bayi macam mana kalau aku tak sempat nak makan acid folic ni.

Aku ada update status mengenai Acid Folic ni sebab aku perlukan pandangan. Ramai kawan-kawan aku suggest untuk makan awal sebelum kahwin sampai la dapat anak. Sebab acid folic ni baik untuk bakal bayi kita nanti. Aku bukan rancang kahwin terus dapat anak okay. Aku risau betul orang fikir bukan-bukan pasal hal ni. Ada yang berpendapat ambil acid folic lepas kahwin pon takda masalah. Entahlah, aku bukan tahu sangat pasal ni. Aku just ambil langkah berjaga-jaga je. Aku risau aku terlambat consume je. Ada orang rezeki anak cepat, ada orang lambat. Kita usaha jee. Ada rezeki ada, yedak? hehehe
Acid Folic
Aku beli selepas aku dengan tunang aku buat ujian HIV terus jalan-jalan pergi Sunway Velocity. Aku beli dekat Guardian. Harga dia acid folic jenama APPETON ni RM49.90. Korang tengoklah farmasi mana-mana ada yang harga RM48 je. Satu(1) hari satu(1) biji je. Terkejut aku tengok dalam dia, ada banyak rupanya. Patut aku baca ramai yang jarang atau lupa makan. Ada yang malas makan sebab malas, huhu. 
Appeton Acid Folic
Kelebihan yang aku baca siapa yang ambil acid folic ni:
  • Baik untuk hormon wanita
  • Menguatkan rahim wanita
  • Pembentukan janis yang sempurna
  • Mengelak kecatatan bayi
  • Menguatkan tulang bayi
  • Pekembangan bayi yang sihat
Untuk tahu lebih lanjut better korang dapatkan nasihat doktor yang bertauliah atau nasihat pakar farmasi sebelum consume, hehehe. Kalau korang ada info yang berguna mengenai acid folic ni atau nak berkongsi pandangan dengan aku. Boleh tinggalkan komen dibawah :D

Babaii

-Bella

You Might Also Like

1 comments

  1. Kita pula rasa excited nak tunggu gambar kahwin ! , Setuju dengan acid folic tu , Nadia ada tengok dulu mengenai acid folic dari siti awe (influencer)

    ReplyDelete