7:14 pm
04 Febuari 2015, Rabu
Dan akhirnya antara aku dan dia sampai takat ini saja. Puncanya mungkin disebab pergaduhan berpanjangan kot. Ada betul juga puncanya datang daripada diri aku sendiri. Sebenarnya, aku yang mintak diputuskan dan dia tak setuju dan tak akan pernah setuju, katanya.
Entah keberapa juta kali aku buat macam ni. Dia je tak layan sangat apa yang aku mintak. Entahlah, bukan sebab aku ada orang lain pon. Cuma aku tak berapa gemar dengan perangai dia yang semacam. Cepat sangat nak jealous, marah and so on. Ya, aku tahu. Marah, jealous tanda sayang. Tapi aku tak boleh laa. Aku rasa macam aku saja-saja nak buat dia bengang dengan aku hari-hari.
Aku dengan dia hampir 2 bulan 3 minggu laa jugak. Ermm, lama ke? Ntah la. Apa yang aku buat dekat dia aku buat dekat orang lain jugak sebelum ni (saja cari pasal nak tahu tahap kemarahan), hahaha. Dia sangat-sangat berbeza dan menakutkan bila dia marah. Tak pernah orang lain cakap macam apa yang dia cakap dekat aku. Gila kasar dia dengan aku. Sumpah aku takut. Aku tak suka lelaki baran dan berkasar dengan aku. Nasib baiklah aku dengan dia jauh. Aku tak tahu la apa akan jadi kalau dia dekat dengan aku. Dan aku tak tahu apa akan jadi if aku teruskan relationship aku dengan dia. Seriously, aku takut.
Dia tu okay sebenarnya. Baik orangnya. Bila dia sayang orang, dia betul-betul sayang. Cuma aku je tak boleh terima/hargai apa yang dia buat dekat aku. Aku tahu kalau aku tinggalkan dia besar kemungkinan sukar untuk aku dapat orang yang betul-betul sayangkan aku dan terima aku seadanya macam dia. Tapi nak buat macam mana. Aku cuba terima baik buruk dia tapi aku still tak boleh.
Pernah dengar tak pepatah yang ni
"Belajarlah untuk menyayangi orang yang sudah pasti menyayangi kita daripada orang yang kita suka sebab orang yang kita suka tak mungkin akan menyayangi kita seperti dia yang menyayangi kita"
Pernahkan? Sebenarnya, aku cuba nak sayang dia tapi entahlah. Kadang-kadang sayang, kadang-kadang tak. Bila dia marah jadi benci. Bila dia buat kita terharu boleh jadi sayang. Tapi bila difikirkan balik banyak benda yang dia tahu pasal aku and family aku berbanding orang lain, yang ni memang buat aku terharu.
Dia pon matang dalam memberi jawapan. Aku je tak boleh nak terima dia sebaik mungkin. Bila fikir balik, sedihlah jugak sebab relationship yang aku nak tak bertahan lama. Semuanya punca dari aku jugak. Tapi nak buat macam manakan.. Kalau memang jodoh aku dengan dia. Putus hari sekarang masa depan bersama balik itu kalau memang ditakdirkan jodoh aku la. Hmmm
Awak, mintak maaflah. Saya terpaksa buat macam ni. Bukan sebab awak hina sangat. Bukan sebab saya ada orang lain. Takda apa-apa sebab pun sebenarnya. Saya nak awak kalau sayang seseorang nanti janganlah sayang sangat, janganlah kongkong sangat, janganlah cemburu sangat dan yang paling penting janganlah berkasar sangat yee awak. Saya tahu awak baik. Sebab awak sayang awak buat macam tu kan. Lupakanlah saya yang tak pandai nak hargai awak ni. Terima kasih atas segala-sagalanya dan maafkan saya.
- Abell
0 comments