Happy Eid Mubarak

10:39 am

Hamboi kau tajuk entri kemain matsaleh, hahaha.

Hari ni dah masuk hari ke-4 Syawal, kojap je aihhh maso berlalu. Dalam banyak-banyak hari.. aku kurang suka ialah hari raya. Ya Allah, apa kau cakap ni bell. Tak maksud aku bukan aku benci raya, bukan. Cuma entahlah, sejak arwah nenek aku dah tak ada raya aku dan keluarga macam tak raya. Suasana dia hambar je.. buat aku nak kawen cepat-cepat dengan orang jauh yang ada kampung, hahaha.

Aku jenis rela puasa berbulan-bulan tanpa raya bagi aku laa kan seronok lagi puasa berbanding raya. Serius, aku jealous dengan orang lain. Dengan kengkawan aku, senior and junior sekolah aku, dengan kengkawan sekolej.. haihhh jealous laa. Lagi satu yang paling aku tak suka bila nak raya orang tanya aku..

"Eh, dik raya tak balik kampung ke?"
"Eh, dik kampung kat mana?"
"Mak ayah orang mana?"

Herhhh, aku stress dengar soalan-soalan dorang tu. Kalau boleh aku nak nyorok lari jejauh tak pun cakap "pakcik makcik kakak abang adik, boleh tak jangan tanya soalan sensitive tu dekat kite? Sakit taw hati kite ni... wuwuwu ~"

Aku rasa aku nak plan sesuatu untuk tahun depan laa. Orang beraya aku pergi bercuti, syok gak tuh. Tapi aku kena cari geng yang macam aku. Orang keyell yang tak ada kampung, siapa nak join aku? Meh text aku cepat-cepat, boleh kita plan awal-awal hahahaha.

Raya ni just, makcik aku datang rumah aku, aku datang rumah dorang hahahaha -.- seronok sangat.

Tahun ni aku bagi duit ghayerr dekat orang. Eh, aku bagi dekat mak bapak aku dengan adik-adik aku jaa. Hahaha. Okay laa tu, sekali skale berbakti dekat family bila lagi nak bagi? Guna duit elaun je kira duit gaji pertama laa gittew, hahaha.
Dan ini adik-adik aku yang perempuan. Sorang aku panggil baby (shawl putih) dan Ara (shawl pink). Yang paling banyak aku bergaduh dengan si baby ni, memang baby betul perangainya hahahahahaha -.- dan yang si kecil tu.. anak buah aku. Kalau kengkawan aku mesti terkejut "OMG, Sal dah ada anak buah? Adik yang mana kawen?" Herhhh tu lagi satu soalan yang paling menyampah aku nak jawab dan ceritakan, hahaha. Kauorang tak perlu tahu dan tanya aku kot pasal aku dan family aku sebab aku tak suka. Melainkan korang nak jadi sebahagian daripada family aku, hehew :3
Haaa yang tu ibu aku, ibu mentua awak laa hahaha. Awak jangan takut dengan bakal ibu awak ni. Ibu kita ni gengster and rocker sikit macam anak dia, hahaha. Jangan takut ibu kita ni sporting orangnya dan dia jenis pendiam dengan orang baru macam kita laa jugak lebih kurang je, hihi. Dulu memuda ibu kita ni lawa bergaya laa jugak tapi makin berumur ni dia jadi malas nak berdandan semuanya sempoi ajee. Itulah ibu kita, nak kenal lagi kenal dengan anak dia dulu hohoho.

Dan ini bapak mentua awak, haha. Yang ni berlawanan dari ibu. Garang taw sampai anak dia dah 23 tahun dia still control anak dia macam apa je. Cuma biasalah anak dia degil macam bapak dia, hahaha kena laa tu "anak bapak" hohoho. Dah ready ke nak jumpa bapak mentua awak ni? Hahahahahahaha
Dan inilah rumah saya. Saya duduk dekat Pangsapuri je awakkk. Mak bapak kita ni orang biasa je wak. Orang sederhana tak macam mak bapak awak, ada rumah besar, rumah bawah.. untunglah awak. Ini je laa yang saya ada wakk.. kalau awak dapat terima saya dan keluarga saya, saya dah kira bersyukur dah wakk. Kalau awak dah ready dengan semua ni, cepat-cepat laa datang jumpa mak bapak saya, hihiks itu pon kalau sudi memperkeluargakan saya eh. Hahaha

Okaylah,
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Salam kosong-kosong yee.
- Abell

You Might Also Like

0 comments