Throwback : Bila nak dating lagi ni?
8:13 pm
Last week, jumpa gengs swekk aku. Maklumlah dah dua bulan lebih tak jumpa.. dia punya rindu haishhh kalah rindu dekat boipreng. Sejak praktikal ni memang tak ada masa nak jumpa. Yela, sorang dekat Pahang, sorang dekat Shah Alam, sorang dekat Damansara, aku dengan Janah je dekat KL. Janah memang hari-harilah aku jumpa.
Janah, Zie mok, Aku, Mija teding
Aku dengan Janah dari tempat kerja terus fly naik KTM Padang Jawa. Apa lagi buah hati kesayangan hati beta datang ambek. Intan takda masa ni dia tengah otw terlepas flight, Mwahahaha flight sangat. Tempat pertama aku dengan Janah request Nasi Ayam Penyek aka Pecal Leleh Padang Jawa. Dekat sini ramai students tawww sambil makan sambil cuci mata, eh hahaha gurau je laa. Nak gurau pon tak boleh, heee
Rindu wehhh nak makan. Serius banyak memori pahit manis dekat sini, haha. Macam macam hal kteorg dah buat dekat sini. Nasib baiklah tak selalu pergi kalau tak orang dah boleh cam kteorang. Ayam dia sekarang kureng ahh dulu aku rasa sedap je makan sini. Sekarang ni biasa biasa je tapi kalau kau lapar and takda duit kau makan je sini.
Sebelah aku tu mok Intan. Orang cakap dia kembar aku tak pun kakak aku. Sakit hati giler kalau orang cakap muka kteorang sama, hahaha. Dia laa kawan yang selalu perang mulut dengan aku pastu bila dia kalah dia hempas pintu, hahaha kelakar bila ingat balik. Dia sampai malam. Dia pulak mengidam chicken chop Polperro. Alooooo shiannnnn. So, lepak dekat Polperro seksyen7. Sedap pun sedap. Banyak pon banyak. Kenyang pon kenyang, gittew hahaha.
Layankan aja sayang-sayang Ioulls
Lepak dengan kawan baru yang pemalu sangat-sangat, haha -.-
Dah kenyang makan. Apa lagi aktiviti dorang pergi iCity laa tempat dating kteorang, hahaha. Minah keding dah gian nak pergi sana, haha
Kalau si mok tan tu just follow je tapi tak nyanyi. Si keding mija dengan mok gie memang kaki karok laa tak tengok Janah punya gian pegang mic pulak, hahaha. Aku biasa-biasa je tak minat sangat karok ni. Kalau ada mood aku join kalau tak ada mood aku diam. Suara aku dah laa tak ada. Pecah terus suara aku nyanyi, hahahaha .
Haihhhhh rindu ahhh dengan korang.
Lepak haus melalak lepak mamak sampai 3 pagi. Intan gemok tu macam takda muet pulak kann join lepak, hahaha cian mokmok. Mamak Hakim yang selalu layan kteorg takda rindu pulak dekat mamak tu, hahaha. Lepas lepak kteorang pon balik rumah. Mija balik Damansara sebab dia nak bertunang, eh bukan bukan sebab dia ada kerja banyak nak kena buat sian baby, hahaha.
Ni dekat downtown, Janah nak repair jam abang kesayangan hahaha
Esok hari 1Ogos2015, Sabtu intan Muet. Then jumpa owner rumah nak settle kan pasal sewa rumah ni. Yelaa, last menetap bulan ni. Haihhhhh rindunya nanti. Then masa lunch aku jumpa abe, alaaa "kawan" aku orang Kelantan tu tapi kerja dekat sini. Ahhh malas cerita pasal dia sakit hati, hahaha.
Then malam tu Janah sepatutnya dah balik tapi takda siapa nak hantar dia kat rumah. So, memandangkan usop rindu dekat kteorang semua dia ajak jumpa. Apa lagi lepas isyak kteorang plan turun KL. Aku ni nama je orang KL, duk KL tapi aku tak pernah pergi Danau Kota. Danau Kota tu dia panggil uptown ke downtown ea? Aku dari dulu lagi tak reti nak bezakan, haha. Malam tu ucop bawa jalan sana. Seronok jugaklah tempat dia. Habihhhh duit aku wehhhh, hahaha. Best jalan dengan ucop ni.. dia beli makanan bukan untuk dia sorang tapi untuk kteorg sekali... awwww so sweet awaaaaa.. kalau budak ni baca kembang sebesen montot dia, hahahaha. Ucop beli makanan aku orang pertama rasa makanan tu, haha. Seriously, kuat betul makan.
Sorry ucop gambar kau sipi sipi je at least ada laa dari takda enn, hee
Lepas pergi Danau Kota kteorang turun downtown / uptown Cheras. Dekat situ pon jalan jalan sambil makan kunyah kunyah. Lepas tu barulah hantar Janah balik rumah. Wuuuuuu berpecah dah. Rindunya. Then kteorg balik Shah Alam sebelum balik rumah aku, Intan, Gie and ucop lepak dataran Shah Alam ambil-ambil gambar pastu balik. Lepak-lepak kejap je. Wehh rindu jugak aku dekat dataran tu. Teringat kerja gila aku dengan korang semua, hahaha.
Btw, tenkiu ucop. Wehh ucop gambar mana gambar? Kalau tak boleh dah aku post gambar kita dekat blog ni, hihi.
Okayla, adios!
- Abell
0 comments