Istiadat Konvokesyen ke-10 Unisel
5:13 pm
*maaf entri ni penuh dengan gambar, kite kasi tahu awai2 naa*
Alhamdulillah. I'm officially graduated kaw. Dah nak masuk 2 minggu jugaklah graduate ni dan dah sebulan lebih tak update blog. Bukan taknak update tapi busy sangat, haha. Ini baru ada masa nak update. *alasan*
24 hari bulan 10 , 2015 Sabtu (Petang)
Orang ketiga last naik pentas bagi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan. Janah, aku, Intan then last Mija bagi course kteorang. Asalnya nak beratur masuk sama dengan fakar and the geng. Tapi fefeham laa geng aku ni. Paling bagus. Masa kelas pon datang lambat, masa ni pun lambat jugak. Penat aku tunggu dorg kelam kabut gak laa masa nak masuk tu. Dah laa masa awal tu tak dapat bergambar. Mujurlah ada Zie, Fit dgn Usop datang. Dapat laa dorang ambek gambar kteorg berlima.
Thanks zie berlakon konon-konon tak dapat datang konvo kteorang. Tetiba boleh pulak kau muncul. Buat sebak jee taww gie ni. Inilah kawan-kawan aku selama 3 tahun belajar. Susah senang gaduh nanges buat masalah bersama. Kau dah tahu perangai bughuk masing-masing. Diorang laa classmate, coursemate, housemate and roomate. Macam-macam peel dah kteorang buat bersama.
Semua dok menyelit nak bergambar sama. Masa ni tengah beratur nak masuk dalam dewan. Tengah tu nik, housemate, coursemate, classmates aku. Huii budak pandai tu, kelas pertama kau. Tahniah mek Nik Athirah.
Empat terakhir
Nini pon join skali kteorang. Gengs BBM lain semua duduk depan, haha nasib laa. Janji kteorang berempat sama, huhu.
Hakak and abang-abang sado, hikhiks
Ohh, lupa nak cite.. Untuk falkulti perniagaan kteorg sidang kedua, petang dalam pukul 2 sampai 5 petang. Nasib baik petang kalau pagi mahu terkejar-kejar kteorg. Entah-entah Intan tak sempat nak grad sekali dengan kteorg atas hal-hal tertentu.. hmm mesti sedih. Alhamdulillah sempat bersama tak laa rasa kosong sangat.
Okay, aku just continue cerita lepas Istiadat tu ea...
Lepas keluar dari dewan melulau cari ibu ayah aku. Call ibu tak jawab.. nasib baik ada Ikram dengan baby boleh jaga barang aku, ambilkan gambar untuk aku.. kalau tak aku tak tahu laa nak mintak tolong siapa. Sebab semua orang busy dengan family and kawan masing-masing. Yela, aku yang sulung yang konvo lain ahh adik aku last tu yang konvo boleh laa 1 family datang. Aku tak kisah pon semua family aku tak ada yang penting ibu ayah aku mai :)
Lepas jumpa and bergambar sikit dengan family aku berlari mencari kawan aku. Serius sakit gila kaki aku maklum laa pakai wedges. Konon nak nampak lain sikit and tinggi laa dari biasa.
Taraaa dapat bergambar dengan abah, kaw hado? Nasib baik terjumpa abah. Abah dah ngamuk siapa yang tak cari dia lepas majlis tu. Nasib baik aku jumpa dia kurang sikit kemarahan dia, hihi.
Yeay! Jumpa dengan madam Lana. Hari tu dua lecturer je aku jumpa. Tak larat wei aku nak jalan mencari, melecet kot kaki. Acah-acah kuat je sebab nak bergambar punya pasal, hahaha. Cari Intan, Intan dah balik hantar mak dia ke TBS so tak dapat laa bergambar dgn si gemok tu, hihi. Cari Janah, Janah ada photo studio dengan family dia hmm. Cari Mija.. mija hilang tak dapat dikesan. So yang tinggal aku, zie, fit and usop je merata mencari yang lain.
Thanks korang bertiga datang konvo kteorang. Nasib baik ada korg bertiga, dapat jugak bergambar dengan ramai orang sampai naik bosan korang tunggu and ngadap muka aku je kt situ, huhu. Thanks tolong ambilkan banyak sangat gambar, hihi. Suka kite.
Hikhiks, ada orang bagi bunga tapi pinjam sat jee
Ini merangkap budak-budak yang selalu sangat cari pasal dengan aku masa kelas or luar kelas. Ada je benda nak digaduhnya. Biasalah gaduh-gaduh (gurau-gurau) manja yang boleh dijadikan kenangan. Lepas ni siapa pulak yg nak cari pasal dengan aku ek? Huhu. Tapi sorang tu special sikit festaim tegur depan-depan masa ajak bergambar tu, itu pun dgn bantuan Zie. Padahal dah 3 tahun duk 1 kolej 1 kelas tak pernah bercakap apatah lagi nak tegur. Jumpa nak senyum pon tak, buat macam tak kenal je bila jumpa hahahaha. Harap lepas ni jumpa kt luar bercakap laa ek? Hihi
Cari gak crush-crush skandal-skandal masa belajar dulu tapi tadak pulak diorang, hahaha. Kalau diorang ada depan mata dengan tak malunya aku akan mintak Zie panggil diorang bergambar, hewhewhew :3
Tunggu punya tunggu hari pon nak hujan. Pastu aku pon cakap dengan zie nak balik sebab ayah park kereta jauh. Fuhhh, perjalanan hakak nak kereta makan masa sambil hujan pun turun. Balik rumah tukar kasut dengan baby. Habis melecet teruk jari kelingking aku, wehhh tolong laa simpati sikit. Masa dok jalan cakap sorang-sorang macam orang gila "Beauty is PAIN" hahaha pastu sempat berborak dengan sorang pacek ni mana tahu rupanya bakal pakmentua ke hehe
Konklusinya, kenangan paling indah dalam hidup aku. Rasa nak konvo sekali lagi weh. Macam tak cukup masa nak bergambar sama dengan budak-budak BBM yang lain, terkilan kt situ sikit. Lain post, aku cerita pasal photoshoot and family aku yaa. Maaflah kalau ada terkurang dalam post ni. Maaf juga panjang sangat entri kali ni. Tahniah sumorang! Babaii semua, muahciked :*
- Abell
0 comments