Aktiviti : Taman Eko Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

5:36 pm

Taman Eko Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur. Nama je orang KL tapi baru sis tahu wujudnya tempat ni di tengah-tengah bandar. Pada mulanya, sis dengan kawan-kawan sis nak pergi FRIM, Canopy Walk Selangor. Tapi apakan daya, hari ahad FRIM tutup. Kemain semangat semua orang, hahaha. Fikir punya fikir, Fie teringat tempat yang aku share dekat FB pasal Taman Eko Rimba KL. Di sebabkan plan semua tak jadi, kitaorang pon menuju laa ke lokasi seterusnya iaitu Taman Eko Rimba.

Taman Eko Rimba ni terletak di Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur (KL Tower) di Golden Triangle of Kuala Lumpur. Walaupun KL ni tempat kitaorang, kitaorang boleh sesat taw, haha. Confuse gila guna maps dengan waze pon boleh salah jalan. Dekat sini ada parking banyak dan luas tapi akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM6.00 sekali masuk. Ada sorang apek yang jaga parking kat sini. Kitaorang pergi hari Ahad sampai sana dalam pukul 8.45am. 

Taman ni beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang pada setiap hari.
Masuk adalah PERCUMA! Yeay!

Memulakan perjalanan ke Canopy Walkway! 

Perjalanan ke Canopy ni boleh tahan laa. Tempat ni sesuai dengan semua golongan. Nak menikmati permandangan indah boleh, nak relax-relax tenangkan fikiran boleh, nak bawa anak-anak jalan sini pon boleh. Tak extreme dan tak bahaya sangat pon.

Haa lagi satu tempat ni sesuai untuk yang suka bergambar contohnya nak wedding photoshoot ke apa ke semua boleh. Masa kteorang pergi ni ada orang tangkap gambar jubah konvo dia kat sini.

Nampak tak Menara KL tu? Maaflah kalau kabur dan gelap. Sis edit guna VSCO je hehe

Canopy Walk ni agak panjang laa jugak lebih kurang 200 meter. Ketinggiannya lebih kurang 15 meter. So, Tak gayat ahh. Jangan takut best taw tengok view kat atas ni.



Sis kagum sangat. Tengah-tengah bandar ada taman yang macam ni. Seronok dapat luangkan masa cuti dengan aktiviti macam ni. Bagi sesiapa yang suka aktiviti macam ni cuba laa datang sini. Jalan-jalan ambil angin, hidup udara segar, haha. Boleh tahan laa pergi tempat ni. Berpeluh laa jugak.

Tempat seterusnya kteorang pergi Sungai Gabai. Nanti sis update pasal Sungai Gabai tu pulak yee sayang :) Thanks sudi membaca. Muahciked!
- Abell




You Might Also Like

1 comments