BELL NAK KAHWIN DAH KE: CINCIN RISIK & TUNANG
4:53 pm
Assalamualaikum,
Hai korang. Lama Bell tak update blog kan. Biasalah tetiba je rasa macam tak ada idea. Padahal dalam kepala dah fikir nak update pasal apa semua. Bila nak menaip je dia hilang.. pofff! Haha. Okay la, Bell nak cerita pasal emas ni. Siapa dekat sini suka emas? Angkat tangan! Mesti korang yang perempuan ni suka emas juga kan? Susah la nak jumpa perempuan yang tak suka emas ni, satu dalam seribu kot.
Kenapa Bell tetiba cerita pasal emas ni?
Haa jeng jeng jeng!
Bell pada mulanya cuma nak survey je harga emas dan design emas sebab Isnin lepas Bell dengan Bf Bell jalan-jalan dekat Shah Alam Seksyen 7. Asalnya nak usha butik-butik baju kahwin semua tu. Masa Bell dengan bf Bell pusing-pusing situ ternampaklah Kedai Emas Anuar, Bell ajak bf Bell survey cincin dulu. Memandangkan kakak dia akan bertunang bulan 12 ni. Start je kakak dia bertunang, bila dah tahu tarikh kakak dia nak nikah kahwin semua nanti.. Bell dengan bf Bell tak boleh buang masa. Sebab makpak bf Bell nak dia (kteorang) dengan kakak dia buat kenduri kahwin sekali, senang (jimat kos, hehe). Tapi Bell kena nikah dulu la sebelum kak dia. Haa sebab tu la kteorang kena prepare awal-awal bila dah tahu kakak dia nak bertunang.
Ops, Bell bukan beli cincin ni. Rahsia! hihi. Abaikan tangan Bell yang buruk tu, hahaha. |
Syok weh usha emas ni, rambang mata haa tak tahu nak pilih mana. Bell tanya member Bell yang dah kahwin, cincin risik dengan tunang kena macam mana? Ada yang cakap cincin risik pilih belah rotan, cincin tunang pilih cincin batu. Ada yang cakap tak kisah mana-mana asalkan dua cincin tapi lain design. Taknak beli cincin batu untuk bertunang pon takpa sebab cincin batu ni murah kalau nak jual lagi pun bukan emas 916 haa.
Ohh ya, ibu Bell tak kisah pon Bell nak pilih cincin apa. Ibu okay je dengan pilihan Bell. Alhamdulillah, ibu tak cerewet.
Bell pon malas nak ikut sangat cakap orang suruh beli cincin emas dengan cincin batu. Sebab yang pakainya Bell. Ye tahu nampak cantik sikit kalau tunang pakai cincin batu haa. Daripada kita perabih duit beli cincin batu yang sikit nilainya baik Bell pilih dua cincin 916 berlainan design, gittewwww. Bijak tak bijak?
Geram ja tengok hat tebai tu. Tapi sewram tau pakai besaq2 ni. Takut tangan kena potong ja nanti, hihi |
Nanti nikah untuk batal air sembayang Bell minta rantai tangan pulak (hamboi, demand! haha) Hari tu nak beli rantai tangan tau sebab emas masa tu promosi RM193/gram. Tempat lain RM195/gram haa. Bell belek-belek berkenan dengan rantai tangan coco ha. Tanya bf Bell nak pilih mana? Hat yang halus ka, tebai sikit ka, tebai teruih? Hat yang halus boleh dapat dalam 1k, yang sedang 2k, yang tebai 3k lebih. Tengok bf Bell macam sian je. Bell cakap dengan dia "Takpa la, next year kita beli ehh, nanti kita tambah sikit duit kalau nak yang tebai tu nanti baru berbaloi beli hihi". Bf Bell pon redha dan setuju dengan Bell. Akhirnya kitaorang pilih cincin emas 916.
Balik pun bahagia je rasa macam tak sabar nak sarung cincin tu nanti, hihi.
Sayang,
Bell <3
1 comments
tahniah in advance bell . Semoga dipermudahkan urusan .
ReplyDelete