BELLA OFFICIALLY ENGAGED!
1:15 pm
Alhamdulillah, Bella 'Officially Engaged!'
(Ahad, 15.03.2020)
Macam tak caya je dah jadi tunang orang tau. Semua persiapan pertunangan ni semua last minute. Dari segi persiapan diri seminggu sebelum bertunang baru nak prepare. Perasaan nak bertunang tu macam tak ada. Kosong. Selalu tanya diri sendiri, betul ke dah bersedia nak ke fasa yang lebih serius ni? Betul ke kau ni Bell? Sebab tengok diri sendiri macam tak bersedia je. Tapi pejam celik pejam celik seminggu je lagi nak bertunang. Apa barang pon tak prepare. Nasib baik barang hantaran dah beli sikit-sikit. Cuma macam bunga hiasan hantaran, coklat, baju tunang, makeup, shawl semua last minute. Dari segi persiapan hidangan makanan, family Bell yang handle. Alhamdulillah yang tu tak ada masalah. Jiran-jiran Bell dengan maklong Bell yang banyak bantu ibu ayah sediakan (rewang kecil-kecilan).
Majlis Bell, Bell tak jemput ramai tau. Bell hanya jemput saudara-mara Bell, jiran-jiran Bell dengan member rapat Bell je. Memang niat nak buat kecil-kecilan sahaja. Ada je kawan Bell yang tanya tak ada buat pelamin tunang ke? tak ada buat tema baju family ke? Tak ada itu ini ke? Jawapan Bell hanyalah "Tak, aku buat majlis tunang aku kecik-kecik je. Tak ada pelamin tunang, tak ada baju tema sedondon. Aku guna apa yang ada je. Jimat!". Betul tak? Tapi if korang ada duit lebih boleh je nak buat majlis tunang besar-besaran. Tak salah jemput orang makan. Ibarat macam sedekahlah gitu. Zaman sekarang ni kan trend tunang pon ada pelamin. Bell prefer yang tertutup, simple dan tak membazir. Bell tak show off lebih-lebih.
Tunang Bell pon, Bell sorok. Nanti dah kahwin baru Bell share ek siapa gerangannya, hehe.
Geng "Swekkk" dari dulu memang sentiasa berlima je. Tinggal 2 orang je lagi tak kahwin, hihi.
Dari kiri : Adik, Kak Nor (sepupu), Kak Yanti (sepupu), Fizah (member f6)
Dulang bulat, pihak Bella punya. Dulang segi empat, pihak lelaki punya bagi dekat perempuan. Tak ada gambar yang proper sebab yela majlis kecil-kecilan je. Apa yang ada. Nasib baik handphone ayah baru, cantik pulak camera dia. Guna je la apa yang ada, gittew.
Ini semua sepupu Bell yang buat, Kak Nor. Kek dia memang sedap, cheese tart dia pon marvelous gittew. Siap dia buatkan kek birthday. Birthday Bell (19.03.2020) hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Wuwuwu~ Cedihhhhhh.. sampai sekarang tak dapat celebrate dengan En. Tunang. Kiranya sebulan la ni tak dapat jumpa. Wuwuwu~ takpa yang penting hadiah dapat. Hehe
Nak jadikan cerita, sepatutnya Bell akan bernikah pada hujung bulan Jun 2020 tapi disebabkan masalah virus Covid19 dekat Malaysia makin menjadi-jadi. Bell rasa macam terpaksa tunda tarikh sama ada pada hujung tahun ni atau awal tahun depan. Nak nangis la bila jadi macam ni. Benda kita dah book, dah bayar macam-macam tapi kena postpone tak pun burn. Nasib baik tak beli lagi goodies ke apa ke. Kesian tau siapa yang terpaksa burn duit untuk majlis diorg yang tak jadi tu. Tahun ni memang dugaan untuk bakal-bakal pengantin.
Korang doakan tau semoga virus Convid19 ni cepat-cepat pulih dan bersih dari negara kita. Aamiin. Korang jangan keluar rumah sangat tau. Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga kebersihan. Harap kita semua sihat dan baik-baik aje. Aamiinnnn Ya Rabb..
Love,
Bell <3
11 comments
congratulation!!
ReplyDeleteThank you Tra <3
DeleteLawanya Bella. Tahniah ya! :)
ReplyDeleteHihi, maceh hanna :D
Deletetahniah ya^^
ReplyDeleteMacehhhh :D
DeleteCongratulations on your engagement!
ReplyDeleteBoth of you look so lovely together :)
Thank you Tqa <3
DeleteTahniah
ReplyDeleteTerima kasih munirah :D
DeleteTahniah!
ReplyDelete