Pengalaman Ujian Saringan HIV (Klinik Kesihatan Cheras)

4:34 pm

Assalamualaikum. Hari ini aku nak share pengalaman aku buat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan di Klinik Kesihatan Cheras (KKC). Hari Khamis (04.06.2020) aku dengan partner aku buat ujian HIV dekat KKC Cheras. Before aku dengan partner aku nak pergi ujian HIV ni, kteorang ada google la sikit-sikit pengalaman orang. Mudah je sebenarnya nak buat ujian ni. Memandangkan sekarang ni musim covid, kebanyakan Klinik Kesihatan minta kita buat temujanji secara online dahulu. Untuk ujian HIV ni, KK tak ambil ramai. Dalam 10 orang 1 hari. So, kena book cepat untuk dapatkan tarikh kita free tu.

Klinik Kesihatan Cheras
Untuk semak Klinik Kesihatan yang available, boleh semak di:
 
Senang je, korang sing up. Nama penuh dengan No.IC korang. Lepas tu book la mana-mana KK yang korang nak pergi tu. Aku pilih KKC sebab dekat dengan rumah aku. Okay, lepas book online. Dia akan sms kita tarikh dan masa untuk peringatan kita. Aku tak dapat book masa yang sama dengan tunang aku. Mungkin dia guna satu(1) masa untuk satu(1) orang. Jadi aku book untuk tunang aku pukul 8.45pagi, aku pukul 9.00pagi. Dia minta kita sampai 30minit awal tau. Aku dengan tunang aku sampai 8.30pagi, hehehe. Masa kitaorang sampai je parking penuh gila. Lepas tu orang gila la ramai beratur. Sejak covid ni sebelum masuk korang dikehendaki beratur di platform yang betul. Kalau tak pasti, tanya je frontliner yang jaga kat depan tu. Lepas beratur, diorang akan datang dekat kita check suhu setiap orang dan dia akan pass borang yang dia tulis suhu kita. Lama gila beratur pepagi ni. Ikutkan masa yang kiteorang book tu dah lepas sebab lama gila beratur.

Lepas tu mungkin rezeki kteorang. Datang la frontliner lelaki Chinese, dia tanya dah book online ke? Kita jawab sudah. Pastu dia cakap, aik kenapa tak masuk? Kitaorang cakap diorang suruh beratur dulu baru boleh masuk. Lepas tu lelaki cina ni pon pergi dalam then datang balik dekat kteorang. Dia suruh aku dengan tunang aku pergi dekat bilik emergency hujung sekali. Dekat situ tempat test hiv. Kteorang pun terus masuk je sebab dia suruh masuk memandangkan kteorang dah booking online. Masuk-masuk bahagian emergency tu, dia cakap kteorang kena daftar kaunter depan. Nak tak nak kteorang patah balik ke depan. Pastu orang depan tu cakap macam mana boleh masuk? Pastu kteorang cakap ada lelaki cina suruh masuk sebab dah book online. Rupanya tak boleh macam tu. Kena beratur juga untuk pendaftaran. Kteorang dah dalam tu tak akan la nak beratur luar balik. So, kteorang beratur la dekat dalam tu untuk ambil nombor.
Oh ya, tunang aku bermaustation di Selangor sebab dia kerja Selangor tapi dia asal Kedah. Aku guna borang dari JAWI untuk diorang tulis keputusan aku dekat situ. Tunang aku dia bagi borang daripada KK sendiri yang boleh digunakan di borang JAIS nanti. Akak kaunter tu bising, dia cakap tunang aku ni patut takleh buat dekat sini kena buat dekat Selangor. Aku rasa sepatutnya tak jadi masalah. Asalkan dia Klinik Kerajaan. Mungkin akak tu stress sebab dia salah hantar pesakit dekat ruangan yang salah. Sebab ada nurse datang tegur dia yang dia salah hantar pesakit. Dia stress lepas kat tunang aku. Nasib baiklah dia pun jenis malas layan, haha. 

Dah dapat nombor pendaftaran dengan kad pesakit. Kteorang terus pergi Emergency Room. Lepas kad tunggu dipanggil. Isi-isi pendaftaran, MA panggil sorang-sorang untuk test. Test HIV kit tu macam pregnancy punya test. Satu(1) line tanda negatif, dua(2) line tanda positif. Kteorang dua-dua negatif. So, boleh kahwin. Yayyyyy! Hahahahaha. Borang tu MA akan bagi ke doktor dan doktor sahkan. Borang tu nanti bawa la untuk Pendaftaran Kahwin nanti.

Alhamdulillah, settle satu(1) part. 

Tips sebelum dia cucuk jari kita tu.. pilih la jari yang bukan kita selalu guna. Aku bagi jari telunjuk kiri. So, kalau nak makan takda la rasa pedih ke apa ke. Nak menulis pon tak sakit haa. Sakit juga la dia cucuk pakai alat tu. Lebam haa.. aku rasa macam nak pitam je mana dia tembak jari aku. Yela, aku ni tekanan darah rendah. Alhamdulillah tak pengsan, huhu.

Step KKC
Booking Online (Pilih Tarikh) >> datang awal 30 min >> beratur dekat luar di platform yang betul >> ambik nombor untuk pendaftaran >> isi borang dekat kad dia kasi tu >> settle pendaftaran >> pergi ke ruang emergency untuk buat ujian HIV >> tunggu giliran >> test darah >> borang dah siap diisi >> SETTLE

Untuk pengetahuan korang, borang HIV ni hanya sah selama enam(6) bulan sahaja. Agak-agak tarikh nikah dah nak dekat, boleh la pergi test HIV ni. Kalau nak tanya apa-apa boleh je tanya. Kalau aku boleh jawab, aku jawab. Good luck korang. Jangan risau mudah jee ujian dia, kejap je tak lama pun. Semoga dipermudahkan urusan korang. Fighting!

- Bella




You Might Also Like

6 comments

  1. Semoga dipermudahkan perjalanan anda ini !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin ya rabb, mudah-mudahan yaa. Tq Nad :*

      Delete
  2. Moga dimudahkan urusan Bella😊

    ReplyDelete
  3. Hi Bella Semoga segala urusan dipermudahkan dan jodoh dipanjangkan sehingga ke Jannah . Im doing my HIV test too 30/6 coming soon .. Nervous somehow plus tgh PKPP and all the preparation .. Hope its going well

    ReplyDelete
  4. singgah sini ^^Y

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    ReplyDelete
  5. Borang Dari Jai's Tu nk dpt mana.. tolong sis, sbb sy pom kerja kt lain. Asal lainn

    ReplyDelete