Proses Permohonan Kebenaran Berkahwin

6:10 pm

Assalamualaikum, hai korang.

Alhamdulillah akhirnya selesai juga urusan daftar nikah aku dan pasangan. Mulanya rasa macam rumit sangat dan kitaorang masing-masing pening lagi-lagi musim PKP ni. Nasib baiklah aku boleh tanya member aku, partner aku tanya member dia. Partner aku asal daripada Kedah tapi bermaustatin di Selangor. Aku pula memang asal Kuala Lumpur. Payah sikit la sebab kitaorang lain-lain kariah/daerah. Partner aku kena daftar nikah JAIS (NikahCeraiRujuk JAIS). Aku pula kena refer website JAWI (SPPIM). Kitaorang kena daftar online ikut daerah masing-masing. Untuk pengetahuan korang borang daftar nikah ni hanya sah selama tiga(3) bulan. Lagi tiga(3) bulan nak nikah, korang pergilah buat ujian saringan HIV. Ujian saringan HIV sah selama enam(6) bulan. Boleh je nak buat awal tapi kalau aku, aku buat sekali daftar nikah senang. Lagi satu, pastikan korang masing-masing dah nak nikah ni pastikan dah pergi kursus perkhawinan. Sekarang ni PKP aku tak sure Kursus Perkahwinan ada ke tak. Rasanya ganti dengan ujian online kot. Borang ujian HIV boleh didapati di website daerah masing-masing tak pun guna je borang Klinik Kesihatan Malaysia sendiri, jangan risau sah je asalkan KKM. Aku guna borang dari website JAWI sendiri.

Apa-apa pun pihak lelaki kena settle kan semua borang dia dulu. Lepas tu baru boleh bagi borang dia dekat pihak perempuan pulak. Kalau lelaki buat lambat, lambatlah urusan pihak perempuan. Partner aku dekat Selangor so ini senarai semak permohonan kahwin Negeri Selangor (lelaki) (klik sini). Bila dah isi online tu borang tu korang kena print. 

Partner aku kena isi:
Borang 1A- Akuan Pengesahan Bermaustatin
Borang 2A- Permohonan Kebenaran Berkahwin

Lepas settle semua ni, dekat daftar online tu akan keluar Borang 3B- Borang Kebenaran Berkahwin Luar Negeri Selangor.
Borang 1A- Akuan Pengesahan Bermaustatin (Lelaki)
Korang perlu dapatkan pengesahan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung/ Nazir/ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/ Pengerusi Taman Perumahan (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam MyKad).

Partner aku bawa borang 1A yang telah diprint tu dekat pengerusi masjid kawasan perumahan tempat tinggal dia, borang tu perlu di sign dan cop dan memerlukan sorang saksi untuk pengesahan partner aku stay situ. Lepas tu photostat IC saksi, dan minta saksi sign terus borang tu dan pengerusi masjid akan sign dan cop.

Borang 2A- Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki)
Selepas tu dia bawa borang 1A yang telah disahkan dengan Borang 2A ke Pejabat Agama Daerah tempat dia. Jangan lupa bawa borang saringan hiv yang telah dibuat dan sijil kursus perkhawinan. Jangan lupa buat salinan tau. Korang follow je "Senarai Semak Permohonan Nikah". Proses untuk borang 2A ni ambil masa dalam sejam je. Sekejap sahaja, jangan risau. Lepas tu dah siap tu. Borang (lelaki) korang yang dah siap tu pass dekat partner korang (pihak perempuan) untuk settlekan borang dia pulak.

Oh yaa selepas selesai bayar RM10.




You Might Also Like

3 comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan! Doakan saya juga ya. Belum isi lagi oiii borang 😂 asik nanti2 saja

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan 😊
    saya follow ya :D

    ReplyDelete