Pages

  • Home
  • Contact
  • Follow
facebook linkedin twitter youtube

Mimpi Bella

    • About Me
    • Home
    • Fashion
    • _Trendy
    • _Latest
    • Lifestyle
    • shop
    • travel
    • food
    Aku sebenarnya tak tahu sangat pasal acid folic ni. Ini aku beli pun sebab kebanyakan yang aku baca diorang suruh start makan acid folic ni tiga(3) bulan sebelum berkahwin bagi sesiapa yang merancang nak dapat anak. First time beli rasa janggal. Belum kahwin lagi dah pergi beli. Aku rasa macam orang ingat aku nak cepat-cepat dapat anak hahaha. Aku beli bukan sebab tu. Aku beli sebagai langkah berjaga-jaga in case la kan aku termengandung. Mengandungi lemak takpa, kalau mengandungi bayi macam mana kalau aku tak sempat nak makan acid folic ni.

    Aku ada update status mengenai Acid Folic ni sebab aku perlukan pandangan. Ramai kawan-kawan aku suggest untuk makan awal sebelum kahwin sampai la dapat anak. Sebab acid folic ni baik untuk bakal bayi kita nanti. Aku bukan rancang kahwin terus dapat anak okay. Aku risau betul orang fikir bukan-bukan pasal hal ni. Ada yang berpendapat ambil acid folic lepas kahwin pon takda masalah. Entahlah, aku bukan tahu sangat pasal ni. Aku just ambil langkah berjaga-jaga je. Aku risau aku terlambat consume je. Ada orang rezeki anak cepat, ada orang lambat. Kita usaha jee. Ada rezeki ada, yedak? hehehe
    Acid Folic
    Aku beli selepas aku dengan tunang aku buat ujian HIV terus jalan-jalan pergi Sunway Velocity. Aku beli dekat Guardian. Harga dia acid folic jenama APPETON ni RM49.90. Korang tengoklah farmasi mana-mana ada yang harga RM48 je. Satu(1) hari satu(1) biji je. Terkejut aku tengok dalam dia, ada banyak rupanya. Patut aku baca ramai yang jarang atau lupa makan. Ada yang malas makan sebab malas, huhu. 
    Appeton Acid Folic
    Kelebihan yang aku baca siapa yang ambil acid folic ni:
    • Baik untuk hormon wanita
    • Menguatkan rahim wanita
    • Pembentukan janis yang sempurna
    • Mengelak kecatatan bayi
    • Menguatkan tulang bayi
    • Pekembangan bayi yang sihat
    Untuk tahu lebih lanjut better korang dapatkan nasihat doktor yang bertauliah atau nasihat pakar farmasi sebelum consume, hehehe. Kalau korang ada info yang berguna mengenai acid folic ni atau nak berkongsi pandangan dengan aku. Boleh tinggalkan komen dibawah :D

    Babaii

    -Bella
    Continue Reading
    Assalamualaikum. Hari ini aku nak share pengalaman aku buat Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan di Klinik Kesihatan Cheras (KKC). Hari Khamis (04.06.2020) aku dengan partner aku buat ujian HIV dekat KKC Cheras. Before aku dengan partner aku nak pergi ujian HIV ni, kteorang ada google la sikit-sikit pengalaman orang. Mudah je sebenarnya nak buat ujian ni. Memandangkan sekarang ni musim covid, kebanyakan Klinik Kesihatan minta kita buat temujanji secara online dahulu. Untuk ujian HIV ni, KK tak ambil ramai. Dalam 10 orang 1 hari. So, kena book cepat untuk dapatkan tarikh kita free tu.

    Klinik Kesihatan Cheras
    Untuk semak Klinik Kesihatan yang available, boleh semak di:
    QMED.ASIA
     
    Senang je, korang sing up. Nama penuh dengan No.IC korang. Lepas tu book la mana-mana KK yang korang nak pergi tu. Aku pilih KKC sebab dekat dengan rumah aku. Okay, lepas book online. Dia akan sms kita tarikh dan masa untuk peringatan kita. Aku tak dapat book masa yang sama dengan tunang aku. Mungkin dia guna satu(1) masa untuk satu(1) orang. Jadi aku book untuk tunang aku pukul 8.45pagi, aku pukul 9.00pagi. Dia minta kita sampai 30minit awal tau. Aku dengan tunang aku sampai 8.30pagi, hehehe. Masa kitaorang sampai je parking penuh gila. Lepas tu orang gila la ramai beratur. Sejak covid ni sebelum masuk korang dikehendaki beratur di platform yang betul. Kalau tak pasti, tanya je frontliner yang jaga kat depan tu. Lepas beratur, diorang akan datang dekat kita check suhu setiap orang dan dia akan pass borang yang dia tulis suhu kita. Lama gila beratur pepagi ni. Ikutkan masa yang kiteorang book tu dah lepas sebab lama gila beratur.

    Lepas tu mungkin rezeki kteorang. Datang la frontliner lelaki Chinese, dia tanya dah book online ke? Kita jawab sudah. Pastu dia cakap, aik kenapa tak masuk? Kitaorang cakap diorang suruh beratur dulu baru boleh masuk. Lepas tu lelaki cina ni pon pergi dalam then datang balik dekat kteorang. Dia suruh aku dengan tunang aku pergi dekat bilik emergency hujung sekali. Dekat situ tempat test hiv. Kteorang pun terus masuk je sebab dia suruh masuk memandangkan kteorang dah booking online. Masuk-masuk bahagian emergency tu, dia cakap kteorang kena daftar kaunter depan. Nak tak nak kteorang patah balik ke depan. Pastu orang depan tu cakap macam mana boleh masuk? Pastu kteorang cakap ada lelaki cina suruh masuk sebab dah book online. Rupanya tak boleh macam tu. Kena beratur juga untuk pendaftaran. Kteorang dah dalam tu tak akan la nak beratur luar balik. So, kteorang beratur la dekat dalam tu untuk ambil nombor.
    Oh ya, tunang aku bermaustation di Selangor sebab dia kerja Selangor tapi dia asal Kedah. Aku guna borang dari JAWI untuk diorang tulis keputusan aku dekat situ. Tunang aku dia bagi borang daripada KK sendiri yang boleh digunakan di borang JAIS nanti. Akak kaunter tu bising, dia cakap tunang aku ni patut takleh buat dekat sini kena buat dekat Selangor. Aku rasa sepatutnya tak jadi masalah. Asalkan dia Klinik Kerajaan. Mungkin akak tu stress sebab dia salah hantar pesakit dekat ruangan yang salah. Sebab ada nurse datang tegur dia yang dia salah hantar pesakit. Dia stress lepas kat tunang aku. Nasib baiklah dia pun jenis malas layan, haha. 

    Dah dapat nombor pendaftaran dengan kad pesakit. Kteorang terus pergi Emergency Room. Lepas kad tunggu dipanggil. Isi-isi pendaftaran, MA panggil sorang-sorang untuk test. Test HIV kit tu macam pregnancy punya test. Satu(1) line tanda negatif, dua(2) line tanda positif. Kteorang dua-dua negatif. So, boleh kahwin. Yayyyyy! Hahahahaha. Borang tu MA akan bagi ke doktor dan doktor sahkan. Borang tu nanti bawa la untuk Pendaftaran Kahwin nanti.

    Alhamdulillah, settle satu(1) part. 

    Tips sebelum dia cucuk jari kita tu.. pilih la jari yang bukan kita selalu guna. Aku bagi jari telunjuk kiri. So, kalau nak makan takda la rasa pedih ke apa ke. Nak menulis pon tak sakit haa. Sakit juga la dia cucuk pakai alat tu. Lebam haa.. aku rasa macam nak pitam je mana dia tembak jari aku. Yela, aku ni tekanan darah rendah. Alhamdulillah tak pengsan, huhu.

    Step KKC
    Booking Online (Pilih Tarikh) >> datang awal 30 min >> beratur dekat luar di platform yang betul >> ambik nombor untuk pendaftaran >> isi borang dekat kad dia kasi tu >> settle pendaftaran >> pergi ke ruang emergency untuk buat ujian HIV >> tunggu giliran >> test darah >> borang dah siap diisi >> SETTLE

    Untuk pengetahuan korang, borang HIV ni hanya sah selama enam(6) bulan sahaja. Agak-agak tarikh nikah dah nak dekat, boleh la pergi test HIV ni. Kalau nak tanya apa-apa boleh je tanya. Kalau aku boleh jawab, aku jawab. Good luck korang. Jangan risau mudah jee ujian dia, kejap je tak lama pun. Semoga dipermudahkan urusan korang. Fighting!

    - Bella




    Continue Reading
    Jadi ke nak kahwin ni? Kejap nak kahwin, kejap taknak kahwin. Kejap nak kahwin cepat, kejap nak kahwin lambat. Apa yang aku nak sebenarnya ni? Aku sorang je ke perangai macam ni? Stress aku dengan perangai aku ni. Aku stress juga dengan orang sekeliling aku ni. Ye, nanti aku kahwin la. Sabar boleh? Kasi aku bertenang dan kasi aku fikir masak-masak. Bukan aku main-main pasal kahwin ni. Aku perlukan ketenangan... aicehhhh gittew... Yang nak kahwinnya aku. Bukan orang lain. Faham tak?

    Aku bertunang bulan tiga(3) 15hb Mac yang lepas. Dan aku sepatutnya kahwin pada bulan enam(6) tahun 2020 ni. Bulan Jun depan memang aku patut kahwin dah, korang tahu tak? Tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni semua majlis yang bermula bulan 18Mac hingga Disember tak boleh buat apa-apa majlis. Nikah tu boleh la. Tapi majlis berkumpul ni tak dibenarkan buat. Tak boleh ramai-ramai haa.

    Aku rasa ini salah satunya ujian pertunangan aku yang semua orang tengah tengah hadap sekarang ni. Tapi buat pengantin hujung bulan 3 haritu dan bakal pengantin tahun ni, kesian kita kan. Tak boleh nak buat majlis kahwin. Bagi pengantin yang buat simple and tak keluar duit banyak tu okay la. Macam aku ni, dah keluar banyak dah duit. Ada orang cakap, kahwin tahun ni paling jimat kos. Boleh la tutup mulut makcik pakcik bawang haa. Tak payah nak jemput ramai orang dah. Paling jimat duitlah katanya.


    Ya, aku tahu.. seelok-eloknya tak perlu buat majlis besar-besaran yang memakan kos yang banyak dan membazir. Tapi aku sebagai "perempuan yang kuat berangan dan yang tak sedar diri ni" nak juga adakan majlis. Dari bulan 12 tahun lepas lagi aku dengan tunang aku dah pilih tarikh, cari bridal dan book bridal dan dah bayar dah pon. Tinggal tunggu hari majlis je haa. Duit majlis ni duit aku tau, sikit pon tak ada duit mak bapak aku. Aku taknak diorang keluar duit. Ikutkan diorang, diorang okay je buat majlis nikah doa selamat tapi disebabkan aku yang nak rasa diraikan dan memandangkan aku anak sulung. Aku teringin nak rasa jadi permaisuri sehari. Aku dah siapkan baju untuk family aku untuk majlis kenduri aku tu nanti. Semua guna duit aku tau. Aku nak bergambar dengan family aku. Aku nak satu family aku pakai baju sama. Itu aku punya angan-angan. Kenangan kot benda tu bagi aku. Aku nak buat frame besar gambar family aku nanti. Yela, family aku bukan macam family orang lain. Raya pakai baju tema yang sama, corak yang sama, tangkap gambar sama-sama. Jadi kat sini aku dah sedih sebab tak dapat buat apa yang aku teringin sangat nak buat. Sumpah sedih. Taip ni pun sambil membayangkan situasi yang tak jadi tu, menitik air mata aku ni haa hahahahahaha emosi sangat weh.

    Yela, kita ni nak kahwin seumur hidup. Aku nak belanja orang makan dekat majlis kenduri aku. Dekat majlis-majlis macam ni boleh aku jemput kawan-kawan aku. Inilah waktunya untuk aku jumpa dengan diorang. Majlis macam ni je boleh buat diorang berkumpul. Aku rindu kawan-kawan aku. Rindu nak jumpa dengan ramai orang. Tapi dah jadi macam ni aku kena terima dengan redha akan semuanya berlaku. Mungkin ada hikmahnya disebalik yang berlaku. Rezeki aku mungkin tak ada dekat sini, mungkin Allah nak bagi aku rezeki yang lain yang lagi besarrrrr. Aamiin....

    Aku boleh je kalau nak nikah dulu tapi disebabkan aku dah bayar hampir 90% duit katering semua tu. Aku rasa aku terpaksa tangguhkan majlis aku dan aku tak tahu bila tarikhnya. Kalau cancel burn duit tu, kalau nak teruskan bila lagi nak buat? Tak kan nanti nak sanding dengan anak sekali kan? Fuhhh style gila sanding dengan anak haa.. Huhu. Nak buat hujung tahun ni dah tentu-tentu tak boleh buat majlis. Nak buat awal tahun depan atau bulan tiga nanti macam la virus corona ni NYAH terus dari muka bumi ni. Sekarang ni kita kena biasakan dengan "new-normal" hmm sedihlah. Impian kita impikan habis cenggitu je. 

    "Kita rasa kita punya plan dah cantik tapi kita tak tahu Allah punya plan lagi cantik"

    -Bella

    Continue Reading
    Alhamdulillah, Bella 'Officially Engaged!'

    (Ahad, 15.03.2020)

    Macam tak caya je dah jadi tunang orang tau. Semua persiapan pertunangan ni semua last minute. Dari segi persiapan diri seminggu sebelum bertunang baru nak prepare. Perasaan nak bertunang tu macam tak ada. Kosong. Selalu tanya diri sendiri, betul ke dah bersedia nak ke fasa yang lebih serius ni?  Betul ke kau ni Bell? Sebab tengok diri sendiri macam tak bersedia je. Tapi pejam celik pejam celik seminggu je lagi nak bertunang. Apa barang pon tak prepare. Nasib baik barang hantaran dah beli sikit-sikit. Cuma macam bunga hiasan hantaran, coklat, baju tunang, makeup, shawl semua last minute. Dari segi persiapan hidangan makanan, family Bell yang handle. Alhamdulillah yang tu tak ada masalah. Jiran-jiran Bell dengan maklong Bell yang banyak bantu ibu ayah sediakan (rewang kecil-kecilan).

    Majlis Bell, Bell tak jemput ramai tau. Bell hanya jemput saudara-mara Bell, jiran-jiran Bell dengan member rapat Bell je. Memang niat nak buat kecil-kecilan sahaja. Ada je kawan Bell yang tanya tak ada buat pelamin tunang ke? tak ada buat tema baju family ke? Tak ada itu ini ke? Jawapan Bell hanyalah "Tak, aku buat majlis tunang aku kecik-kecik je. Tak ada pelamin tunang, tak ada baju tema sedondon. Aku guna apa yang ada je. Jimat!". Betul tak? Tapi if korang ada duit lebih boleh je nak buat majlis tunang besar-besaran. Tak salah jemput orang makan. Ibarat macam sedekahlah gitu. Zaman sekarang ni kan trend tunang pon ada pelamin. Bell prefer yang tertutup, simple dan tak membazir. Bell tak show off lebih-lebih.

    Tunang Bell pon, Bell sorok. Nanti dah kahwin baru Bell share ek siapa gerangannya, hehe.

    Geng "Swekkk" dari dulu memang sentiasa berlima je. Tinggal 2 orang je lagi tak kahwin, hihi.

    Dari kiri : Adik, Kak Nor (sepupu), Kak Yanti (sepupu), Fizah (member f6)

    Dulang bulat, pihak Bella punya. Dulang segi empat, pihak lelaki punya bagi dekat perempuan. Tak ada gambar yang proper sebab yela majlis kecil-kecilan je. Apa yang ada. Nasib baik handphone ayah baru, cantik pulak camera dia. Guna je la apa yang ada, gittew.

    Ini semua sepupu Bell yang buat, Kak Nor. Kek dia memang sedap, cheese tart dia pon marvelous gittew. Siap dia buatkan kek birthday. Birthday Bell (19.03.2020) hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Wuwuwu~ Cedihhhhhh.. sampai sekarang tak dapat celebrate dengan En. Tunang. Kiranya sebulan la ni tak dapat jumpa. Wuwuwu~ takpa yang penting hadiah dapat. Hehe

    Nak jadikan cerita, sepatutnya Bell akan bernikah pada hujung bulan Jun 2020 tapi disebabkan masalah virus Covid19 dekat Malaysia makin menjadi-jadi. Bell rasa macam terpaksa tunda tarikh sama ada pada hujung tahun ni atau awal tahun depan. Nak nangis la bila jadi macam ni. Benda kita dah book, dah bayar macam-macam tapi kena postpone tak pun burn. Nasib baik tak beli lagi goodies ke apa ke. Kesian tau siapa yang terpaksa burn duit untuk majlis diorg yang tak jadi tu. Tahun ni memang dugaan untuk bakal-bakal pengantin. 

    Korang doakan tau semoga virus Convid19 ni cepat-cepat pulih dan bersih dari negara kita. Aamiin. Korang jangan keluar rumah sangat tau. Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga kebersihan. Harap kita semua sihat dan baik-baik aje. Aamiinnnn Ya Rabb..

    Love,
    Bell <3
    Continue Reading
    Dah masuk bulan tiga dah ek. Hihi lama tak update blog ni haa. Tak tahu apa nak update. Ada penyakit M. Allahu! jangan tiru Bell okay. Hihi. Bulan ni ada sesuatu yang penting akan berlangsung dalam hidup Bell tapi Bell boleh buat relax je lagi, hahaha. Apo la Bell ni. Bulan ni pun birthday Bell. Okay, tamau wish awal-awal ke? Hahaha.

    Haa nak tahu tak? Bulan lepas Bell balik Kedah jumpa bakal mertua gittew. Sebenarnya bf Bell nak pergi kenduri member dia 02.02.2020 dekat Alor Setar. Dah alang-alang nak balik Kedah tu, dia ajak Bell jumpa family dia. Sambil nak kenal-kenal dan nak teruskan hubungan ke arah yang lebih serius, eh?

    Bell minta cuti hari Jumaat. Jumaat pagi gerak Kedah dengan dia. Oh ya, Bell bawa adik perempuan Bell sebagai peneman Bell. Kot-kot Bell pisang sorang-sorang baik ajak dia. Dia pun tengah cuti semester. Nasib baik bawa dia. Boleh dia teman kakak dia borak-borak dengan bakal mak mertua. Bell jumpa mak bf Bell jumaat malam tu. Actually, mak dia ajak kteorang tidur rumah dia tapi kteorang dah book Hotel. Dah bayar kan, terpaksa la tolak. Lagi pun segan la nak tidur rumah family bf Bell haa. Kalau dah jumpa dan dah kenal lama takpa gak. Ini kira festaim Bell jumpa mak dia, dengan adik perempuan dia. Abah dia kerja. So tak dapat jumpa. Esok tu sebelum kenduri ingat nak pi jumpa abah dia tapi mama dia cakap takpa la, jumpa nanti bulan tiga. Eh?

    Apa yang eh tu ek?
    Jeng jeng jeng... nanti kalau sempat Bell update "apa yang eh tu" eh. Hihi
    Doa yang baik-baik k gaisss. Babaii <3

    Sayang,
    Bell <3
    Continue Reading
    Assalamualaikum,

    Hai, korang. Sihat ke? Lama tak update blog ni. Haihhh, kenapa la malas sangat. Idea ada tapi nak mengupdate tu "macam" tak ada masa, huhu. Alasan! Macam mana dengan New Year korang? Ada azam baru ke? Ke azam dari tahun tahun lepas sambung ke tahun ni? Hehe. Bagi Bell tahun lepas, tahun yang macam-macam benda berlaku dekat Bell tapi tahun lepas tahun kegelapan bagi Bell. Harap tahun ni tahun yang akan buat Bell semakin bahagia dengan diri Bell dan kehidupan Bell.

    01.01.2020 
    Bell baru nak start diet tapi Bell lupa ada kenduri kahwin kawan sekolah menengah Bell (Nazeha) masa ni. And then 04.01.2020 kawan kerja kastam (ZiraJohari) pulak yang kahwin. Nampak gayanya, terbatal la niat Bell nak start diet pada 01.01.2020. Awal tahun ni Bell nak kena start diet ni sebab akan ada dua hari penting bagi tahun ni. Harap dipermudahkan dan cepat-cepatlah Bell kurus, Aamiin.

    Tengoklah member Bell haa, dah mengandung dan bulan tiga ni dia nak beranak. Bell ni tunang pon tak lagi, sabar je la. Ini la Janah, kawan baik Bell since form 2 sampai la sekarang ni. Dia ni nak beranak pon perut pon tak nampak sangat badan pon halus lagi. Kalau jalan dengan dia dah sama size je dengan Bell, hahaha.


    01.01.2020, Janah la orang pertama yang Bell jumpa dan bergambar. Nah! Belanja gambar kteorang. Haluskan member Bell ni, perut dia size dah macam perut Bell hahaha. Masa kenduri tu, kteorang tak plan pon nak pakai baju warna Biru. Dah nama kawan baik. Dia punya "instinct" tu lain maciam. Asal keluar je mesti ada je nak sama. Tak baju, tudung yang sama. Tak tudung, kasut yang sama. Gittew la kteorang. Yang tak boleh blahnya, suami dia pon sama jugek. Aduhhh, dah macam suami dia bawa dua bini haa.. Takpun nampak macam adik beradik. Bell dengan suami dia pun dah macam kawan, bf Bell pon kamcing gak dengan suami kawan Bell ni. Sweet kan kteorang. 


    Tu je la, Bell nak bebel awal tahun ni. Jumpa lagi akan datang, doakan Bell rajin update blog ye, huhu. Selamat Tahun Baru korang, semoga cita-cita dan azam korang tercapai k. Mmmmuahhh!

    Continue Reading
    Newer
    Stories
    Older
    Stories

    About me

    Photo Profile
    Bella . 19 Mac . KL

    Gengster berhati lembut.

    Read More

    Total Pageviews

    Follow Me

    • facebook
    • twitter
    • bloglovin
    • youtube
    • pinterest
    • instagram

    Heyyo!

    Precious

    Blog Archive

    • ►  2021 (1)
      • ►  September 2021 (1)
    • ▼  2020 (6)
      • ▼  June 2020 (2)
        • Acid Folic bukan hanya "Vitamin Mengandung" okay!
        • Pengalaman Ujian Saringan HIV (Klinik Kesihatan Ch...
      • ►  May 2020 (1)
        • JADI KE NAK KAHWIN NI?
      • ►  March 2020 (2)
        • BELLA OFFICIALLY ENGAGED!
        • Hello, March!
      • ►  January 2020 (1)
        • 2 0 2 0 : H A P P Y - N E W - Y E A R
    • ►  2019 (10)
      • ►  November 2019 (1)
      • ►  October 2019 (2)
      • ►  September 2019 (3)
      • ►  August 2019 (3)
      • ►  January 2019 (1)
    • ►  2018 (3)
      • ►  December 2018 (3)
    • ►  2017 (13)
      • ►  November 2017 (1)
      • ►  May 2017 (2)
      • ►  March 2017 (1)
      • ►  February 2017 (5)
      • ►  January 2017 (4)
    • ►  2016 (20)
      • ►  December 2016 (3)
      • ►  November 2016 (5)
      • ►  October 2016 (4)
      • ►  August 2016 (1)
      • ►  March 2016 (1)
      • ►  February 2016 (2)
      • ►  January 2016 (4)
    • ►  2015 (39)
      • ►  November 2015 (2)
      • ►  September 2015 (2)
      • ►  August 2015 (7)
      • ►  July 2015 (6)
      • ►  June 2015 (1)
      • ►  May 2015 (5)
      • ►  April 2015 (1)
      • ►  March 2015 (3)
      • ►  February 2015 (4)
      • ►  January 2015 (8)

    Labels

    About Me aktiviti art beauty business coretan experience food giveaway health Journey lirik love place praktikal review segmen SL1M TheJunni tips travel tutorial unisel

    Popular Posts

    • Review : Detox Badan dengan Clenx Tea untuk Kurus dan Sihat
    • SL1M Unipeq Second Batch
    • REVIEW : ALMOND & CUCUMBER PEEL-OFF MASK (HIMALAYA)


    Stat Counter
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates

    Back to top