Aktiviti : Broga Hills - Jom Mendaki Bukit Broga
11:35 pm
Khamis 22 November 2015
Cadangan untuk panjat Bukit Broga ni sebenarnya dah lama. Kebetulan Khamis tu class cancel. So Janah secara tiba-tiba kasi cadangan untuk daki Broga Hills. Aku okay je sebab cadangan awal-awal aku sebelum masuk semester baru ni.
Aku dengan housemate aku (Janah, Mija & Intan) setujulah untuk daki Bukit Broga ni. Mija cakap kalau nak naik Broga lepas Bukit Broga kena pergi sungai. Tak kisah laa sungai mana-mana. Kteorang search banyak yang pergi sungai Tekala. Kteorang okay je sebab Mija sorang je yang drive.
Lekluuu selfie dulu! Hahaha |
Kitaorang panjat Broga lepas subuh. Ini sebenarnya kali kedua kteorang naik Broga. Maklumlah, dah lama tak panjat Broga ni memang pancitlah dekat atas sana. Dulu panjat sampai puncak yang kedua je sebab dah tak larat biasalah first time. Sekarang dah panjat sampai puncak ke tiga. Asal siapa duduk depan mesti ada yang tanya "dah nak sampai ke?" pastu orang tu pon jawab laa "Belum-belum jauh lagi" tak pun "eh dah nak sampai dah, sikit je lagi". Bila dengar macam tu punya laa bersemangat pastu pancit balik, lek luuu pastu sambung balik jalan. Alhamdulillah laa, pancit-pancit pon, sampai jugak puncak ketiga tu.
Nah, biar gambar berbicara :)
Batu besar nak ke puncak ketiga. Macam-macam dah dorang conteng. Kteorg takdapat conteng apa-apa sebab alatan menulis, melukis tadak. Lagi pon tak elok taw conteng-conteng ni. Tamo tamo! No! No! |
Lepas dah puas lepak-lepak kat atas barulah kteorang turun. Masa kteorang turun tu semua orang dah takda yang tinggal kteorg je, haha. Yelaa, dah pukul 9.30 kot siapa je nak duduk atas. Panas pulak tu. Masa kteorang turun tu nampak family cina ni baru start daki, cayalah bawa anak kecik.
Posing dulu, cantikkan view dia? Ke aku yang cantekkk? Bwahahaha puihhh! Perasan! haha |
Lepas kiteorang dah sampai bawah tukar kasut kasi relax-relax kejap, tengok-tengok dorang dah turun da. Apak gila laju turun. Masa nak keluar dari tempat parking Broga tu tetiba dorang jerit-jerit, ingatkan apa benda. Rupanya, kasut atas kereta mija. Bagus sangat kaw mija. Nasib baik tak keluar kat jalan raya lagi kalau tak.. tak tahu laa nak cakap apa. Mau orang gelak besar kat kteorang, haha.
Then kteorang g makan dulu sebab Mija dengan Intan mok sudah kelaparan. Aku dengan Janah nanti makan sebab nak mandi sungai dulu baru makan. Lepas makan carilah sungai tekala. Cari punya cari tak jumpa. Last-last tanya orang skali orang Asli tu cakap kalau kteorang terus kedepan dah nak ke negeri sembilan dah -.- Jauh gila. Kenapa kteorang tak nampak sungai tekala? Then kiteorang west cari Sg Gabai yang paling dekat.
Sumpah ini kali pertama and terakhir aku pergi gabai. Tinggi sungai gabai, MasyaAllah. Ingatkan tangga dia rendah laa. Sebab tak nampak panjang mana tangga dia dari bawah. Terai laa naik. Last-last harammmmm jauh lagi nak sampai atas. Nak tak nak kena teruskan sebab dah separuh jalan. Aku dok kira laa anak tangga yang ada.. around 340 something laa. Apakkk ahhh. Patah kaki.
Naik atas semuanya lelaki. Agak menakutkan dan suasana kat atas sana tak macam aku bayangkan. Bagi aku tak best langsung sg gabai tu, View dia emmm kureng ahh. Tak berkenan dek hati laa. Better sungai congkai walaupun takda air terjun, hekheks.
Lepas pergi sungai gabai. Balik Damansara then baru balik Shah Alam. Penat dia MasyaAllah. Semua orang tingtong. Cakap pon tak betul. Tak boleh nak focus langsung.
Acah-acah sweet sayang dengan ayang, haha |
- Abell
0 comments