SEMINAR MBK

11:59 pm


Tak janji pun pakai sama color tapi dah tersama, semuanya hampir sama. Nampak tak yang kiteorang ni memang sehati sejiwa gittew.

Semalam 17/12/2016, Sabtu. Merupakan satu pengalaman yang sayang seronok yang tak pernah aku rasai dalam hidup aku. Ini merupakan seminar pertama untuk aku dan business aku. Sebelum ni, memang dah lama berniat untuk join seminar-seminar "success business" and so on tapi tidak berkesempatan memandangkan aku tiada kenderaan mahu ke tempat seminar dan aku juga tidak mempunyai teman untuk bersama menyertai pelbagai jenis seminar. 

Mostly, kawan terdekat aku tidak menjalani sebarang jenis business sama ada online mahupun offline. Untuk pertama kalinya dalam hidup aku. Aku mengambil keputusan untuk join THE JUNNI PINKISH WHITE sebagai AGENT mereka. Aku mengambil risiko dan cuba memberanikan diri untuk terjun dalam bidang perniagaan ini. Dan aku juga masih bertatih-tatih lagi dalam dunia perniagaan.

Mujurlah, Ariff classmate aku dulu whatsapp aku dan ajak aku join program yang dianjurkan oleh Majalah Niaga. Majalah niaga menawarkan beberapa pakej untuk ke seminar ini. Aku mengambil peluang keemasan ini dengan mengajak sahabat aku, Janah untuk hadir ke seminar ini.

Bagi aku, ilmu yang aku dapat untuk seminar ini sangat-sangat berbaloi tak setanding dengan jumlah pembayaran yang aku buat. Jujur aku cakap. Seminar ini MDK kali ini memang AWESOME! Hasbul brother terbaik!

Work Book yang diberikan setiap seorang

Dalam seminar ini kami diberikan Work Book untuk mencatit apa saja ilmu dan tips yang kami dapat pada hari itu. Harga yang ditawarkan sangat-sangatlah berbaloi dan semua orang mampu untuk pergi ke seminar ini. Nilai wang yang ditawarkan sangat murah berbanding ilmu yang diberi, sungguh tak ternilai. Bersyukur Alhamdulillah sebab diberikan kesempatan untuk menghadirkan diri ke seminar ini.
Siapa lagi nak support busines orang islam dan bangsa melayu kita, kalau bukan kita?
*betul ke ayat aku ni? hehe*

InsyaAllah, jika diberikan kesempatan dan peluang.. aku akan join lagi program Majalah Niaga. Aku berterima kasih dengan Majalah Niaga dan aku mendoakan mereka terus berjaya. Aku akan sentiasa menyokong perjuangan mereka untuk membantu usahawan kecil untuk terus berjaya. 

Tak silap aku, ini seminar MBK yang kelima kot, hihi.

Lokasi : Dewan Tan Sri Abu Zahar, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, KL

You Might Also Like

1 comments

  1. wah baguslah tu. bak kata sifu saya, invest dalam ilmu adalah zero kerugian. so tiada apa yang dirugikan kan. :)

    ReplyDelete