TUTORIAL: CARA NAK TUKAR NAMA BLOG & KEKALKAN STATISTIK

8:40 pm

Assalamualaikum, 

Hi, korang. Perasan tak nama blog aku dah tukar? No more "PwincessAbell" tapi sekarang ni jadi "Isabylaa". Sebab apa aku tukar URL blog ni? Sebab dia adalah:

1- URL macam terlalu atau tersangat childish. Nampak aku macam tak matang. Iolls dah tua, so iolls kena berubah.
2- URL tu macam gedik sangat je. Tetiba jadi tak suka. Actually, takda pun orang panggil nama aku "Bell". Bukan tak ada langsung, ada tu ada.. cumanya 1 daripada 999.9 orang je yang panggil Bell. Kononnya, nak create nama Bell ni untuk blog je. If orang panggil aku Bell, so aku dapat detect laa orang tu kenal aku dari mana.

Okay, taknak cakap banyak.
Nak tahu macam mana nak tukar url blog korang sekarang dengan yang baru? Alhamdulillah, menjadi apa yang aku cuba buat sekarang ni. Ini merupakan cara aku guna sendiri untuk tukar nama blog aku yang sebelum ni pwincessabell.blogspot.com kepada isabylaa.blogspot.com haa kan lebih mudah (yelatu), haha.

PERINGATAN: Tutorial untuk tukar nama blog baru ini sesuai untuk mereka yang dah biasa dengan setting pada dashboard blogger.com. PageRank blog lama tidak ditransfer kepada blog baru, tetapi cara ini adalah untuk  mengekalkan followers dan pageviews korang.

1- Fikir nama URL blog baru korang. Contohnya, blog baru aku: isabylaa.blogspot.com. Langkah seterusnya bergantung pada faktor blog korang.

2- Faktor blog korang,
2a- Blog yang masih baru, tiada/kurang followers ataupun post;
  • Buka blogger.com.    Pergi setting>> basic >> publishing blog address
  • Tukar nama blog korang nak then siap!

2b- Blog yang sudah lama dan nak kekalkan statistik (contohnya; followers/pageviews)
  • Buka blogger.com.     Pergi ke setting>> other  >> import and backup >>> back up content
  • Pilih setting >> basic >> publishing blog address
  • Tukar nama blog korang yang baru (contohnya; isabylaa,blogspot.com)
  • Klik pada Your blog, kalau yang tak tahu dekat mana menu tu boleh lihat atas pada View blog haa dekat situ haa.. lepas tu klik New blog untuk register blog baru. TETAPI daftar gunakan URL blog lama (contohnya; pwincessabell.blogspot.com)
  • Pergi setting >> other >> import and backup >> import content. Pilih fail .xml yang korang export tadi. Okay, continue step yang ketiga.


3- Redirect URL dari blog lama (pwincessabell.blogspot.com) kepada blog baru (isabylaa.blogspot.com)
  • Buka setting yang kedua dengan nama lama (pwincessabell)
  • Go to template >> edit html
  • Copy code dibawah selepas code <Head>

<meta content='0;url=http://NEWBLOG.blogspot.com' http-equiv='refresh'/>
<script>
var oldURL = "OLDBLOG.blogspot.com";
var newURL = "NEWBLOG.blogspot.com";
var url = location.href; var newURL = url.replace(document.domain,newURL); window.location = newURL </script>

  • Gantikan nama OLDBLOG tu dengan nama blog lama (pwincessabell)
  • Gantikan NEWBLOG tu dengan nama blog baru (isabylaa) yang korang nak redirect URL daripada blog lama. So, sesiapa yang klik pada mana-mana post dengan link blog lama, ia akan redirect terus pada post yang sama dengan blog baru korang.
Credit AtikaRamlan. Aku follow cara dia dan aku tukar/ikut step bersesuaian dengan dashboard blog yang lastest sekarang ni. Faham tak? Korang cuba buat slow-slow tau. Aku pun pening-pening gak. Maaflah kalau tak faham. Aku just share apa yang aku faham. Maklumlah, untuk diri aku juga tutorial ni. hihi jangan marah :D

You Might Also Like

5 comments

  1. Hi Bell. Hihi.

    Selamat berkenalan. Blog ni pun comey. Minimalist gitu.

    Bagusnya tuto ni, mai dh lama nk tukar url childish tu tapi xde masa lagi. Bertabah ajelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai may!

      Salam kenal. Alohh, url blog awak okay je simple senang nak ingat. Takyah tukar pun takpa, hihi

      Delete
  2. Thank you for sharing this
    Kalau ada masa boleh lah kunjungi blog saya iaitu
    https://sarranotes.blogspot.com

    ReplyDelete