KEPUTUSAN TEMU DUGA PEGAWAI KASTAM KONTRAK

7:38 pm

tawaran berkhidmat sebagai pegawai kontrak

Alhamdulillah, dapat tawaran untuk berkhidmat kepada kerajaan hohoho. Haritu kan aku ada cerita yang aku pergi temu duga untuk pegawai kastam kontrak. Haa, kalau yang tak tahu tu boleh klik sini. Hari ini hujan dipagi hari, seperti biasa aku mengisi masa kosong aku dengan melengkapkan planner harian aku *sangat-sangat takda kerja*. Tengah mohon kerja dekat jobstreet tetiba dapat satu email berbunyi "TAWARAN BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI KONTRAK SECARA CONTRACT FOR SERVICE DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA". Fuh, berderau darah ceq. Tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku siang tadi. Terkejut, gembira, sedih, keliru, dan semua perasaan ada.

Nak tahu kenapa?

Sebab aku ditempatkan di "Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Taman Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Klang". Weh, Port Klang weh aku dapat, Port Klang! Bukan Cheras, bukan dekat KL ke apa. Sumpah aku terkejut. Aku keliru. Macam-macam dalam otak aku ni fikir. Macam mana aku nak pergi sana. Kalau drive dari rumah nak ke sana mahu dekat 1 jam weh. Jalan jem. Dekat sana banyak lori kontena besar-besar. Kalau naik public transport memang ada tapi sampai port klang je. Nak ke Jabatan Kastam tu kena naik teksi. Nak guna kereta? Aku takda kereta weh dan aku tak pandai nak drive. Kecian kan? Kalau korang jadi aku, apa korang akan fikir?

Aku tak ada masa nak fikir lain-lain weh. 01 Mac 2017, Rabu ni aku kena lapor diri. Kau rasa? Sempat ke tak nak cari rumah sewa, nak cari jalan alternatif lain? Kau rasa? Haa, Tolak hari ni aku ada 1 hari je lagi.

Jujur aku kata, aku sedikit pun tak berharap dengan keputusan temu duga kastam hari tu. Aku cuma cakap "Aku cuba buat yang terbaik, Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Mana yang baik aku terima sebab DIA je yang tahu keadaan aku sekarang". Alhamdulillah, mungkin Allah dengar doa dan harapan aku.

Ibu ayah aku, gembira kemain. Diorang kemain cakap jangan give up. Cuba sedaya boleh. Pergi je lapor diri tu. InsyaAllah Allah tunjuk jalan. Aku bukan tak bersyukur, aku bersyukur sangat. Fifie pun bagi semangat, siap tolong aku carikan rumah sewa ke dekat sana. Tolong tanyakan kat akak dia mana-mana kawan akak dia yang kerja dekat Kastam Port Klang sekarang. Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan orang-orang yang tak pernah putus-putus support aku. Aku bersyukur sangat.

Buat kalian yang banyak berdoa untuk aku, yang banyak support aku, yang tak putus-putus bagi semangat dekat aku... aku doa agar korang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan yang kalian buat. Aku harap, Allah makbulkan doa aku untuk kalian. Aamiin.

Bagi korang yang ada terbaca blog aku ni, yang mana kawan atau sedara mara yang korang kenal dapat tawaran dan tempat yang sama seperti aku. Mohon, inform aku please. Aku nak cari kawan in case if aku ada soalan nak tanya. Terima kasih.

TAHNIAH! Bagi yang dapat. Yang tak dapat, jangan putus asa. Ada tu rezeki korang kat tempat lain atau cuba lagi lain kali. Lain orang lain rezeki. Mohon doa yang baik-baik. Hopefully, ini yang terbaik untuk aku dan yang lain. Aku nak kumpul pengalaman yang sangat bernilai untuk kerjaya aku akan datang.

- Byla

You Might Also Like

10 comments

  1. Wahh dapat masuk keja gomen. Congratulations dear. All the best!

    ReplyDelete
  2. Hai Salsabila, i'm Wawa...I mengalami situasi yang sama dgn u..if u don't mind...can we keep in touch each other...this is my hp no 019 777 1953..please do not hesistate to whatsapp me...tq

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah byla. Takpa pergi dulu nanti inshaAllah ada la jalan lain tu :)

    ReplyDelete
  4. Hai salsabila...boleh share pengalaman mase interview tu?ape yg die tye?btw, sy dpt interview tu next week..nervousss

    ReplyDelete
  5. assalam nak tanya boleh tak..saya dpt iv yg sama n skop kerja yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sy tahu macam mana nak mohon contract for service kastam ni en hanif?

      Delete
  6. hujung tahun habis la contract.. sama la nasib kita yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. kontrak pun Alhamdulillah dari goyang kaki saja..dapat juga duit hasil titik peluh sndiri.tahniah

    ReplyDelete