Aku dan kereta - Part 1
5:04 pm
Assalamualaikum and Hi korang!
Aku nak share pengalaman aku drive kereta selama 3 bulan. Siapa dekat sini ada lesen tapi tak boleh drive? tak berani nak drive? trauma nak drive? Say MEEEEEE! Haha. Okay aku nak cerita pengalaman aku drive sorang-sorang. Untuk pengetahuan korang aku dah ada lesen memandu since aku degree lagi tapi sekarang ni aku still tak mahir lagi drive.
Cerita dia macam ni.
Family aku ada kereta tapi kereta manual. Kiranya kereta manual ni aku lambat sikit nak faham. Asal bawa kereta manual confirm kereta tu mati bila berhenti, haha. Aku punya cuak masa kereta mati tengah jalan kemain mengigil-gigil satu badan. Ayah aku pun sampai dah naik fed up ajar aku drive. Last-last ayah aku suruh aku belajar bawa auto pulak, then aku boleh bawa tapi tak mahir. Lepas aku macam dah boleh bawa auto, ayah aku pun ajarlah aku parking. Sampai aku nangis-nangis laa dan sampai ayah stress dengan aku last-last dia cakap dengan aku "Kakak beli la kereta kakak sendiri nanti kakak faham la macam mana nak parking". Ayah aku ni jenis sayang kereta so dia risau kalau aku bawa kereta dia calar or kemek sana sini. Aku pun give up.
Dah lama gila aku tak drive. Aku hanya drive hanya di highway dari rumah aku Cheras sampai Port Klang ke rumah sewa aku bersama ayahku. Lepas aku drive, hantar diri sendiri ke rumah sewa. Ayah drive balik ke Cheras. Macam tu je la rutin aku selalu since tahun lepas. Aku hanya drive di highway sahaja dan tak pernah parking dekat mana-mana kotak parking.
Sampai la aku kenal dengan someone, dan dia la someone yang kedua penting dalam hidup aku selain family aku. Dia adalah kesayangan aku sekarang dan insyaAllah sampai akhirnya, acewah. Kkk sambung balik cerita...
Okay, kesayangan aku tu ada kereta tapi kereta dia auto. Since aku dah dengan dia kerja satu tempat yang sama. Aku selalu pergi balik kerja dengan dia. So, no car pool dengan kawan-kawan aku lagi. Yela, kau dah ada someone yang satu tempat yang sama why not kau dengan dia je. Even kekadang gaduh hadap jee muka dia hahaha tak malu. Sampai satu masa tu, aku cakap dengan dia aku nak belajar bawa kereta dia.
Alhamdulillah, dia sangat okay. Dia siap cakap "Kereta calar takpa, jangan sayang yang calar" cewahhh, dia sayang aku dari dia sayang kereta dia weh, hahahaha. Setiap petang dia akan ajar aku parking. Aku memang noob gila, dua minggu dia ajar baru aku faham itu pun taklah power lagi. Sejak aku ada dia aku dah tak harapkan ayah aku. Sepanjang aku bawa kereta dia memang banyak pengalaman jalan raya aku dapat. Fuhhh sangat mencabar. Kekadang aku rasa nak give up je tapi nasib baik ada dia. Thanks sayang hihi.
Okay, nak tahu bila aku boleh drive sorang-sorang? Nantikan part 2, sebab part 1 macam panjang sangat intro dia, haha.
Babaii
Okay, nak tahu bila aku boleh drive sorang-sorang? Nantikan part 2, sebab part 1 macam panjang sangat intro dia, haha.
Babaii
0 comments