Aku dan kereta - Part 2
5:39 pm
Hi, korang. Ini sambung daripada Part 1 yang lepas. Okay, jom start macam mana aku boleh start drive sorang-sorang.
Nak dijadikan cerita, kesayangan aku terpaksa pergi training selama 3 bulan. Wuwuwuuu, sedih aku. Aku fikirlah macam mana la lepas ni kalau aku nak pergi kerja, nak balik Cheras semua tu. Sebelum kesayangan aku tu pergi trainin, seminggu aku belajar drive and parking. dengan dia. Alhamdulillah, aku dah pandai parking tapi bukan dekat tempat-tempat yang crowded laa sebab aku newbie gittew hahaha. Rasa terharu gila weh bila dia bagi aku pakai kereta dia selama 3 bulan. First aku tolak sebab aku risau aku bawa kereta orang bukan kereta aku. Lepas dia pujuk-pujuk aku, aku pun terima la untuk jaga kereta dia selama 3 bulan.
First week drive sorang.
Cuak, berdebar-debar, istighfar banyak-banyak, banyak kali baca doa kenderaan. Cuak gila sebab aku kena hadap lubang dan lopak dekat area port klang sana. Port klang memang banyak lori kontena besar-besar yang drive laju gila bab* sebelum ni aku ada pengalaman lori hampir nak langgar kereta aku masa aku nak tukar lane. Nasib baik ada dia masatu. Memang aku trauma dengan lori. Alhamdulillah sekarang dah okay.
First week aku drive. Aku dapat saman sebab aku parking di tempat yang salah. Wuwuwu, tak sampai seminggu pun aku drive kereta tu dahbdapat saman.. apa la nasib aku masa tu. Aku pun redha la.
Second week drive sorang.
Aku memang tak mahir. Memang slow dan sangat berhati-hati aku bawa. Nasib baiklah kereta auto weh senang sikit kerja aku. Second week ujian untuk aku, cermin kereta kesayangan aku retak panjang. Tak tahu la salah aku atau ada batu melantun ataupun kerja manusia yang busuk hati. Kalau ikutkan masa aku drive, aku tak rasa ada batu melantun dekat cermin kereta tu. Lepas aku nak drive balik ke rumah sewa aku, aku tengok cermin kereta aku crack. Aku call dia nangis-nangis baru 2 minggu bawa kereta cermin kereta pecah.
Selepas ayah aku survey tempat tukar cermin kereta jumpalah yang murah gila. Melayang duit aku. Nasib baik bukan aku yang kena bayar duit kereta dia haha selamat. Parak juga la pakai kereta, minyak kereta lagi, tol lagi, nak pergi cuci kereta lagi. Fuhhh, memang banyak habis duit dekat kereta je. Masa dah tukar cermin kena tambah tinted lagi. Hadoiyaiii nasib baiklah murah weh.
Dah nak dekat 3 bulan aku jaga kereta dia. So far, alhamdulillah aku dah boleh drive sorang-sorang dalam keadaan sesak, aku dah boleh parking dekat mall even senget sikit, aku dah pandai reverse parking, aku macam tak percaya dengan apa yang dah aku lalui. Thanks to my sayang sebab beri kepercayaan sepenuhnya dekat aku. Thanks sebab tak pernah putus asa ajar aku dan sentiasa bagi semangat dekat aku.
Untuk korang yang baru nak drive or takut nak drive. Jangan takut, korang boleh punya. Aku yang noob ni boleh takkan la korang tak boleh. Jangan risau bawa je kereta hari-hari slow-slow biarlah kena hon abaikan aje. Tengoklah aku sekarang ni, bawa 120km relax je haha sebab dah rasa power (haha belagaknya perempuan ni). Kereta aku tu Bezza tau bagi aku body dia besar sangat memang mula-mula tu aku tak confident nak bawa tapi lama-lama okay jee bawa kereta body besar.
Apa yang paling penting, jangan lupa baca doa naik kenderaan dan drive hati-hati. Jangan takut. Kalau terlanggar ke tercalar ke biasalah tu ujian. At least itu adalah pengalaman korang. So, never give up. Fighting!
Tamat sudah kisah "Aku dan kereta"

Babaii :)
0 comments