Pho Street Malaysia

10:42 pm

Hello gaisss,

Korang pernah try tak makan dekat Restaurant Pho Street. Bell first time taw makan dekat Pho Street Sunway Velocity. Akak office Bell yang ajak makan sini. Bell follow je tapi Bell tak tahu dan tak pernah makan pun dekat sini. Dan tak tahu makanan jenis apa yang ada dekat sini. Tapi pekerja restaurant ni ramai perempuan melayu pakai tudung.
vietnam food street
Bell pun selak la menu yang ada. Bell macam "wow apa benda ni? Hish pelik ahh, agak-agak rasa macam mana ek". Bell memang curious gila dan tak sempat nak google tempat ni, hihi. Sampai tak tahu nak makan apa sebab pelik en. Yang Bell pernah makan Fresh Summer Roll with Prawn & Fresh Herbs je. Sebab dulu member Bell pernah bawa makanan ni dekat office. Bagi yang tak gemar makan sayur macam Bell, BIG NO laa untuk summer roll ni, hihi.

spring roll vietnamSetelah digoogle barulah tahu yang Pho Street ni merupakan hidangan makanan (street food) Vietnam. Halahhh, patutlah tak tahu. Dulu tak silap Bell restaurant ni tak halal tau tapi itu duluuuu sekarang ni merupakan restaurant halal, gittew. hihi.

Taraaaa Bell order yang ni haa.. Bila ingat balik sedapnyaaaa. Bell cuba "Dry Rice Vermicelli with Tumeric Chicken". Yang ni macam mihun tau tapi dia macam tebal-tebal sikit. Bell suka mi macam ni berbanding mi kuning. Bell tak gemar sangat makan mi kuning, hihi.

Menu yang ni hirup kuah yang sedia ada dalam mangkuk ni, Ya Allah sedapnya. Suka gila dengan dia punya rasa. Dia ada bagi kuah macam sup tau, Bell tak sure pula rasa dia macam mana.

Dalam mangkuk ni ada spring roll ranggup. Paling Bell suka spring roll ni.. cicah dengan sos sedia ada, ahhh sedapnya. Serious korang kena cuba. Bell rasa macam nak order spring roll ranggup ni sahaja sebab sedap sangat.

Ayam dia tu kan.. rasa macam rempah-rempah macam sate ayam pon ye jugak. Dengan pedas-pedas dia. Rasa macam makan sate ayam pun ye jugak.

Akk office Bell order apatah, lupa dah. Dia punya pun nampak macam sedap. Makan banyak ni je sebab untuk alas perut makan tengahari je. Kalau makan banyak nanti balik office, perut penuh mata mengantuk. Tak pasal-pasal tak boleh focus buat kerja haaa. Korang yang tak pernah try tu, try laa makan sini. Tak salah pun nak mencuba makanan pelik-pelik ni. 

Siapa pernah makan sini, apa pendapat korang dengan makan dekat restaurant ni? 

Love,
Bell.

You Might Also Like

0 comments