UJIAN FIZIKAL PEMBANTU PENGUASA KASTAM WK19

2:04 pm

Assalamualaikum semua,

Lama tak update blog, entah kenapa malas sangat. Mungkin sebab tak tahu nak buka topik apa. Jadi topik hari ini adalah "Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Di Jabatan Kastam Diraja Malaysia" fuhhh panjang gittew, hahaha. Minggu lepas Bell teman adik Bell pergi ujian fizikal dekat Kompleks Kastam Dewan Kenangan,WP KL. Memang mengimbau kenangan betul la dekat sini. Sebab sebelum ni Bell interview kastam untuk Pegawai Kontrak WK41 dekat sini la. Itu cerita 2 tahun lepas, jadi rindu pula nak kerja dekat kastam.

Okay sambung.
WK19
Sesi pendaftaran ujian fizikal ni bermula 7.30am sampai 8.00am. Dan Bell sampai sana dalam pukul 7.40am. Lambat 10minit sebab jalan sesak plus salah jalan. Fuhhh mencabar nasib baik tak lambat sangat. Nasihat untuk semua TOLONG DATANG atau GERAK AWAL DARI RUMAH untuk elakkan benda-benda yang tak diingini berlaku.

Lepas sampai jalan terus ke Dewan ikut budak-budak lain yang nak ambil ujian fizikal. Lepas tu terus daftar. Bell tunggu adik Bell buat ujian fizikal dan pancaindera sampai pukul 11am. Penat pulak tunggu budak ni, haha. Adik Bell sebenarnya rabun orangnya. Power mata 400 kiri kanan, gila en. Tapi Bell paksa je dia pergi walaupun Bell tahu dia tak akan lepas punyalah. Tapi apa salahnya ambil pengalaman kan. Lagi pun adik Bell ni hati kering dan dia pun ikut je laa akak dia punya pendapat.
kastam wk19
Sebab tahun ni kastam buat ujian fizikal taw. Tahun-tahun sebelum ni, masa zaman Najib Kastam tak pernah ada ujian fizikal ni. Semua dapat tawaran temuduga terus. Rasa macam lecehnya sekarang ni. Adik Bell masa dia buat ujian tu berat dia 53kg tinggi dia 156cm, alhamdulillah lepas ujian BMI. Bila part ujian mata GAGAL terus sebab dia main bantai je. Dia rabun teruk bila tak pakai cermin mata mana la nak nampak, hahaha.

Untuk pengetahuan korang. Ujian fizikal kastam ni tak straight sangat macam ujian imigresen, SPRM dan lain-lain. Adik Bell chill-chill je dengan tak pakai cermin mata sebab nak elak dari kena halau terus sebelum ujian fizikal hahaha.

Takpalah bukan rezeki lagi kot. Yang penting jangan lupa update SPA. Adik Bell ni baru 19 tahun tapi SPA rajin petik nama dia, haha. Masa dia datang ujian fizikal ni kebanyakan 23-24 tahun yang datang ujian fizikal ni. Jangan give up update je, kot-kot laa lepas ni dapat temuduga terus tak payah ujian fizikal kan.. rezeki mana kita tahu. 

wilayah persekutuan kuala lumpur
Okay la sampai disini sahaja perjuangan kami. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi kita bertemu kembali, gittew. Thanks to my beloved boipreng sebab temankan Bell dan adiknya serta belanja makan ayam gaprek dan juga air boba. Next Bell akan review makanan dekat situ ye

Babaii <3

Love,
Bell

You Might Also Like

16 comments

  1. Rindu nak dpt email spa lagi panggil iv. Belum rezeki lagi kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita, sekarang ni SPA susah nak dapat. Tapi tak apa la update je SPA. Ada rezeki kita nanti insyaAllah ada laa nanti, huhu

      Delete
  2. Realiti kehidupan, saya pergi temuduga dengan kawan saya tapi saya tak dapat dia dapat sebab dapat tahu dia pakai kabel jerr tak payah pi kursus lepas temuduga terus kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa sedihnya. Untunglah member. Tak aci tau orang guna kabel ni. Orang lain penat2 berusaha kerja keras, dia terus masuk je. Hmm

      Delete
  3. Minat sngt dgn kerja ni...tpi bila smpai part ujian mata tu... terus hilang harapan....sbb kita pun rabun jauh😔😭...nak tnya klau rabun mmg terus tk dpt ke apa? Knpa la aq rabun😂

    ReplyDelete
  4. Hi, nak tanya.. Bangkit tubi tu.. Tangan macamana.. Blakang kepala atau atas dada, ataupun melunjur keadaan tangan atas lantai..

    ReplyDelete
  5. Betul ke dia ukur tinggi guna meter atau sentimeter.

    ReplyDelete
  6. macam mana nak target ujian online spa . saya dah bnyak kali cuba . tapi yg ujian online ATM saya gagal . boleh bgithu cara yg boleh target lulus

    ReplyDelete
  7. cara nak lulus caneeee..lulus online test sbb failll dh ritu

    ReplyDelete
  8. siapa ade group telegram atau whatsapp untuk exam ni esok?

    ReplyDelete
  9. Cemana nak check ujian fizikal tu?

    ReplyDelete
  10. https://butangbajuakumana.blogspot.com/2021/07/korang-apply-kerja-pembantu-penguasa.html

    ReplyDelete