Sekarang ni merata-rata ada jual boba. Pergi je la mana-mana tempat mesti ada jual boba. Boba brown sugar la boba itu la ini la. Boba ni dulu-dulu Bell panggil pearl atau buble tau. Zaman-zaman dulu pearl yang ramai student beli dekat cool blog la. Cool Blog laa paling murah harga dia . Dulu Cool Blog tak ada la bersaing macam sekarang . Sekarang ni merata orang jual boba.
Minggu lepas makan dekat Restoran Kotak dekat Subang. Dah alang-alang tu Bell nak cubalah boba tea dari The Black Whale. Ya Allah, merata weh boba dekat subang tu. Masa tu Bell salah masuk ingatkan The Black Whale Tea tu sama tau dengan The Black Whale. Bell pon masuk nak order minuman boba yang tengah fames sekarang ni .
Bell tanyalah , ada tak "Fiery Brown Sugar Black Whale"? Lepas tu amoi tu cakap ohh ini kedai depan sikit ada jual, dekat sini tak ada ini air. Bell dengan adik Bell macam "Eh bukan sama je eh The Black Whale?" Lepas keluar dari kedai baru perasan kedai dia nama "The Black Whale Tea". Tak sama okay tapi dekat sini ada je minuman brown sugar. Tapi kami tak mahu cuba hat yang tu. Kami pon jalan depan sikit. Semata-mata nak cuba boba yang tengah viral dekat twitter, hahaha .
Bell pon order la Fiery Brown Sugar Black Whale (RM12.90) dengan Brown Sugar Black Whale Brulee. Fuh harga dia, harga Yahudi nko. Padahal size medium je okay, bukan large. Kalau large tak perasan pula berapa . Mungkin dalam RM15++ kot.
Fiery Brown Sugar Black Whale
Brown Sugar Black Whale Brulee
Beza dia dengan Fiery atas dia macam ada puding-puding haha, aku tak reti la nak describe macam mana. Tapi sedap tak selemak fiery taw. Fiery tu rasa lemak gila .
Apa-apa pun dia punya pearl sedap wehhhh. Air dia pon lagi sedap berbanding Xing Fu Tang kot . The Black Whale perfect ahh cita dia , haha .
Okay la, selamat mencuba.
Love,
Bell