KOTAK SS15 AYAM GEPREK
8:00 pm
Hi korang ,
Bell hari ni nak kongsi sikit apa yang Bell makan selepas teman adik Bell buat ujian fizikal. Memandangkan Kelana Jaya dengan Subang Jaya tak jauh mana. Adik Bell ajak makan dekat RESTORAN KOTAK. Adik Bell ni memang lagi advance daripada Bell. Sebelum ni dia kata dia dah pernah try ayam geprek level tiga. Kali ni dia nak try ayam geprek level enam . Apa lagi Bell pon minta la buah hati Bell pergi makan sana.
Bell sampai sini dalam pukul 11 lebih. Ya Allah, susahnya nak cari parking walaupun hari tu hari Khamis ye anak-anak. Pukul 11 lebih belum lunch hour okay. Tapi Alhamdulillah rezeki dapat parking dekat dengan Restoran Kotak, kena jalan sikit je dari parking.
1- Ayam Panggang (RM15.80)
2- Ayam Geprek Level 3 (RM13.80)
3- Ayam Geprek Level 6 (RM13.80)
4- Coconut Ice Cream (RM9.80)
5- Ice Lemon Tea (RM4.80)
6- Ice Peach Tea (RM4.80x2)
So total untuk tiga (3) orang makan sebanyak RM67.60 ye anak-anak, haha. Bagi Bell yang suka makan dekat warung-warung tepi jalan ni harga dekat sini agak "expensive" la ba g i k a k Bell haa haha . Tapi kalau sekali sekala takpa la kan? Betul tak? Nasib baiklah buah hati hakak payung dek. Sayang ketat-ketat dekat buah hati hakak sorang ni, hekhek.
Buah hati akak makan ayam panggang, memandangkan dia tak boleh makan pedas buat masa ni. So far dia kata okay la. Bell pula cuba Ayam Geprek Level 3. Adik Bell cakap tak pedas tapi bagi Bell sumpah pedas nyesal rasanya, tahu ambek level 1 atau 2 je tau. Kalau korang nak tahu ayam Geprek ni ada sampai level 10 tau. Siapa yang hantu makan pedas tu, cuba la level 10 pedas namatey, haha.
Bell yang level 3 tu pon tak larat nak habiskan tau. Bell tak tahu kenapa sekarang ni ni rasa macam dah tak boleh makan pedas sangat, faktor usia mungkin? Hahaha . Adik Bell gatal nak try level 6, hambek ko pedas gilaaa . Bagi Bell nasi dia banyak gila . Bell tak boleh nak habiskan tapi terpaksa habiskan sebab mahal, hahaha kelakar kan? Ayam geprek tu pon Bell tak dapat habiskan tapi Bell paksa adik Bell habiskan ayam Bell. Yela, buah hati kak Bell pun bukan boleh makan pedas. Tak dapat la nak habiskan Bell punya makanan jadi adik Bell la yang kena habiskan.
Jujur Bell cakap Bell tak suka apa-apa makanan atau minuman daripada coconut ni tapi ice cream dia. Ya Allah sedapnyaaaaaa . Harga RM9.80 yaa tapi sikit je aiskrim dia. Bagi korang berbaloi tak? Kalau Bell, Bell rasa kalau jarang-jarang takpa kot . Hihi .
Restoran Kotak ni adalah Indonesia Concept Food, so rasa dia macam makan dekat Restoran Wong Solo atau Ayam Penyet. Tapi dekat Wong Solo tak ada sup kan, dekat Kotak ni ada sup. dan air boleh refill. Sebenarnya kan harga dia lebih kurang jee makan dekat Wong Solo atau Ayam Penyet ni. Tapi tak apa la bukan selalu. Kteorang semua suka sup dekat kotak ni, okay la makan dengan nasi. And then dia ada kicap manis. Kepedasan ayam tu boleh dikurangkan dengan adanya kicap manis ni. Sambal dia pon best sedap . Bell suka .
Restoran Kotak ni sangat selesa. Boleh makan dekat luar atau makan dekat dalam. Dalam restoran tingkat atas pon boleh makan tapi atas tu ada construction sikit. Tandas dekat restoran ni bersih sangat. Tempat makan yang sangat selesa nak makan. Pintu dia pakai sensor woo , haha ha .
Sesiapa yang nak cuba boleh la cuba makan dekat sini nanti.
KOTAK Malaysia SS15
7, Jalan SS15/8b, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor
2 comments
Pepedas ni Xbagus utk kesihatan dik. 😜
ReplyDeleteTapi sedap kak, tak salah kalau akak nak mencuba. Gittewwww
Delete